fbpx
Now Reading
“Nasib Check Dulu..” – Diminta Bayar RM279 Masa Dapat Barang, Wanita Kongsi Trik Terbaru Scammer

“Nasib Check Dulu..” – Diminta Bayar RM279 Masa Dapat Barang, Wanita Kongsi Trik Terbaru Scammer

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Semua orang pasti bersetuju kalau kami katakan kes sindiket penipuan di dalam negara khususnya secara sms dan atas talian semakin berleuasa.

Setiap hari ada sahaja cara terbaru mereka malahan ramai yang sudah terpedaya hingga mengakibatkan kerugian mencecah ratusan ribu ringgit.

Terbaru seorang pengguna Facebook, Norashikin Osman telah berkongsi satu lagi taktik terbaru yang digunakan oleh scammer menerusi teknik COD.

Menurut Norashikin segalanya bermula apabila suaminya memaklumkan mereka akan menerima satu penghantaran dan perlu menyediakan wang RM270 untuk membayar barangan COD tersebut yang dibelinya di Facebook. Suaminya bagaimanapun meminta dia untuk membuka kotak tersebut terlebih dahulu.

Beli jam secara COD di Facebook

“Baba call, cakap ada ninjavan nak anta barang dah sampai simpang depan. Dia minta prepare siap2 RM279 sebab COD. Ibu pun pelik, baba ni orangnya bukan pembeli tegar online mcm ibu.

“Ibu tanya, abg beli apa ni? Beli jam katanya. Okay lah. Suara dia mcm excited kata harga sebelum sale 1k lebih. Ibu mcm dah terdetik murahnya, pastu kenapa COD??? Baba pesan nanti buka dulu sebelum bayar. Ibu mcm okay. Cepat2 nak letak, nak pergi ambil duit baba. Baba anta gambar jam” .

Menerusi Foto yang dikongsikan kepada BuzzKini, jam yang dimaksudkan adalah dari jenama Garmin Fenix 5X Plus.

Foto : Garmin

Tidak sampai 5 minit menanti, penghantaran tersebut pun tiba. Wanita ini kemudian memberitahu kepada pekerja kurier yang bertugas yang dia mahu membuka kotak berkenaan terlebih dahulu. Namun dia dimaklumkan prosedur tidak membenarkan penerima untuk membuka bungkusan melainkan membayarnya terlebih dahulu.


“Tak sampai 5 minit, adik *** tu pun sampai. Sampai-sampai je dia terus cakap, saya dah telefon husband akak tadi nak hantar barang. Pastu ibu pun iyakan je lah. Ibu tanya lah : ‘dik, akak nak nak buka parcel dulu baru bayar boleh?’

“Dia kata : ‘Tak boleh kak, procedure courier.’ Ibu faham jee. Tp itula macam sesuatu sangat tau parcel tu. Adik *** tanya, ‘husband akak beli apa ni? Kotak ni ringan sangat, tak mcm ada barang’. ‘Abang beli jam dik’

“Pastu adik *** cakap ‘cuba akak hantar gambar kotak ni kat husband akak’ Ibu pun buat Video Call dan maklumkan, ‘Abang tak boleh buka parcel’ Tny beli kat mana? Dia kata kat fb tak ingat bila. ‘Ahh sudah’ Pastu ibu letak lah vc.

“Adik *** ckp, kak selalu barang2 drpd crossborder ni scammer kak. Ramai customer yg saya hantar dah kena. Ramai yg kena beli kat fb. Cuba akak tgk kotak ni. Ibu pun amek goncang, Ya Allah, mmg ringan takde pape. Yg bunyi mcm plastik angin tu jee. Call baba ckp bang takde benda dalam ni. Ibu tak ambil ya” katanya lagi.

Sudah ramai terkena

Kotak yang ringan bukan sahaja menimbulkan rasa curiga kepadanya malahan kepada penghantar kurier itu sendiri. Menurut penghantar kurier itu lagi, sudah ramai pelanggannya yang ditipu menggunakan taktik yang sama apabila membeli di Facebook.

Sebaik mengetahui perkara tersebut, dia kemudian memilih untuk tidak menerima barangan tersebut.

Apa yang patut dilakukan jika sangsi dengan barangan yang diterima?

Menerut wanita itu lagi, penghantar kurier itu memaklumkan, pelanggan sebenarnya boleh menolak barangan yang diterima dengan memaklumkan kepada penghantar kurier yang bertugas untuk membatalkan pesanan.

Selain itu pelanggan juga boleh menolak barangan secara rasmi dengan membalas SMS atau pesanan whatsapp seperti yang dikongsikan seseorang kepadanya yang pernah mengalami situasi sama.

“Korang hati-hati lah ya terima parcel ni, nak2 yg cod ni. AduhhhKorang cuba google XTYCOD. Mmg scammer. Alhamdulillah, Allah gerakkan hati untuk tidak menerima. Terima kasih jugak adik ninjavan yang concern dgn parcel. Alhamdulillah, Rezeki masih lagi org dalam rumah ni iaitu ibu

“Sebenarnya kita boleh refuse delivery dgn cara info delivery boy tu. To make it official, kita balas SMS/Whatsapp dgn ayat “I DID NOT ORDER THIS ITEM” atau “CANCEL ORDER”. Ayat tu sy dpt dari staf ***. Ayat tu daripada hamba Allah yg sama mendapat parcel macam ibu. Tq tuan sudi share cara yg official.

Baca artikel berkaitan :

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.