fbpx
Now Reading
Berjaga-jaga Punya Pasal, Lelaki Siap Bawa & Sembur Spray Gun Sanitizer Masa Pergi Suntik Vaksin [Video]

Berjaga-jaga Punya Pasal, Lelaki Siap Bawa & Sembur Spray Gun Sanitizer Masa Pergi Suntik Vaksin [Video]

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Peningkatan kes Covid-19 yang semakin mengganas di dalam negara benar-benar menakutkan banyak pihak. Dengan angka kes baharu yang hampir mencecah 20,000 sehari, ramai yang sudah mula paranoid sehingga sehabis boleh untuk mengelak dari keluar dari rumah.

Bila keluar pula pasti akan lebih berjaga-jaga malah lengkap dengan segala alatan seperti sanitizer sendiri, dettol spray dan macam-macam lagi atas faktor keselamatan,

Sama seperti seorang lelaki ini yang difahamkan terpaksa keluar rumah untuk mengambil suntikan vaksin Covid-19 di sebuah klinik.

Namun menerusi video yang dikongsikan seorang pengguna TikTok, @dilafaizal, lelaki tersebut bagaimanapun dilihat mengambil langkah yang lebih pro aktif pabila turut membawa Spray Gun Sanitizer sewaktu berkunjung ke sana.

Sembur kerusi

Sebaik masuk ke ruangan vaksin, lelaki tersebut kemudiannya meminta izin untuk menyembur kerusi yang disediakan untuk orang ramai yang akan di vaksin.

Sembur jururawat siap bagi nasihat

Tidak berhenti disitu sahaja, dia kemudian turut meminta izin untuk menyembur wanita tersebut yang juga seorang jururawat di klinik berkenaaan .

Lebih mencuri tumpuan apabila dia juga dilihat memberikan sedikit nasihat kepada jururawat berkenaan agar lebih berjaga-jaga kerana dia seorang frontliner.

“Awak kena jaga tau, awak Frontliner, saya risau kalau kita takde frontliner” katanya kepada jururawat berkenaan.

@dilafaizal

Macam macam hal pesakit nak ambik vaksin ni ##kitajagakita ##fypシ

♬ original sound – Dila Faizal

Perkongsian tersebut nyata menarik perhatian ramai dimana rata-rata dilihat memuji ketelitian dan cara penjagaan lelaki berkenaan.

Malah ramai dilihat terhibur dengan tindakan jururawat tersebut yang dilihat hanya melayan kerenah lelaki tersebut.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.