fbpx
Now Reading
Enggan Henti Operasi Selepas Ramai Staf Positif Covid-19, Majikan Paksa Pekerja Makan Ivermectin Depannya

Enggan Henti Operasi Selepas Ramai Staf Positif Covid-19, Majikan Paksa Pekerja Makan Ivermectin Depannya

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Peningkatan jangkitan kes Covid-19 didalam negara ketika ini begitu membimbangkan. Dengan angka hampir mencecah 20,000 jangkitan sehari, banyak syarikat kini lebih memilih untuk bekerja dari rumah.

Namun disebalik peningkatan kes tersebut, masih banyak lagi majikan yang penting diri dengan hanya mengutamakan keuntungan dan mengabaikan keselamatan pekerja mereka walhal sudah terdapat kes positif di syarikat mereka.

Kakak dijangkiti dari tempat kerja

Terbaru, seorang pengguna Twitter, @lelakiserigala telah berkongsi kepada orang ramai bahawa dia sekeluarga terpaksa menjalani saringan Covid-19 selepas kakaknya menjadi seorang kontak rapat kepada seorang pesakit Covid-19 di tempat kerjanya di percayai di Subang Jaya.

Hasil dari saringan tersebut, kakak dan adiknya kemudiannya disahkan turut dijangkiti virus berkenaan.

Menerusi perkongsian sama, dia mberkongsi status kakaknya yang memaklumkan majikannya memaksa para pekerja yang bersatus kontrak rapat untuk hadir berkerja atau berdepan pemotongan gaji.

Selepas beberapa minggu individu terbabit memuat naik satu lagi ciapan mendakwa kakaknya diminta untuk memakan ubat ivermectin di hadapannya.

“Ingat tak kes kakak aku positive covid sebab tempat kerja tu? Hari ni boss dia suruh makan Ivermectin, makan depan bos ok?”

Dia dalam masa sama turut berkongsi tangkap layar perbualan grup whatsapp keluarganya dimana kakaknya telah berkongsi gambar ubat berkenaan .

“Madam nak suruh makan ni ibu”

“Madam nak suruh makan ni ibu” tulis kakaknya sambil berkongsi foto ubat tablet ivermectin di samping beberapa supplement lain seperti Vitamin C + Zink dan juga Vitamin D

Dipaksa makan depan muka

Menerusi perbulan itu lagi, kakaknya memaklumkan dia dan semua staf dipaksa makan ubat berkenaan dihadapan majikannya itu.

Beberapa ahli keluarganya kemudian memaklumkan kepada si kakak bahawa ubat Ivermectin sebenarnya dilarang oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bagi kegunaan pesakit Covid-19 kerana belum diluluskan pendaftarannya untuk kegunaan manusia sebaliknya hanya untuk kegunaan haiwan.

23 sudah disahan positif tapi majikan paksa pekerja positif datang kerja.

Lebih mengejutkan apabila dia mendakwa 23 orang sudah disahkan positif namun majikan masih memaksa mereka yang positif untuk masuk bekerja.

Kakak ingin berhenti kerja

“Ni kakak nak bagitahu, Kalau esok dia suruh jugak makan ubat tu kak berhenti kerja” kata kakaknya lagi.

Mohon pertolongan orang ramai untuk kakak dapat kerja baru

Buat ramai berang

Perkongsian tersebu menaikkan kemarahan orang ramai yang menyifatkan majikan kakaknya tidak berperikemanusiaan malah kejam.

Ramai yang mencadangkan agar kakaknya membuat aduan kepada KKM dan badan terlibat selain mengambil foto dan video sebagai bukti.

Seorang pakar perubatan turut tampil dan menadangkan 3 saluran aduan iaitu kepada KKM bahagian farmasi, Kementerian Sumber Manusia dan juga buat laporan polis

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.