fbpx
Now Reading
Netizen Teruja Campur Cemburu Tengok Orang Di Perlis Tayang Foto Makan Di Restoran

Netizen Teruja Campur Cemburu Tengok Orang Di Perlis Tayang Foto Makan Di Restoran

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ramai pasti tahu sejak semalam, tiga buah negeri iaitu Perlis, Sarawak dan W.Persekutuan Labuan sudahpun beralih ke Fasa 3 Pelan Pemulihan Negara (PPN)

Dengan peralihan ini, banyak aktiviti yang sudah dilonggarkan antaranya dibenarkan merentas daerah, aktiviti sukan dan riadah perseorangan dan juga makan di restoran.

Namun berbanding Sarawak yang sudah terlebih dahulu dibenarkan menjamu selera di restoran dan Sabah yang sudah diberi kelonggaran sejak penghujung Jun walaupun masih di Fasa 2, beberapa rakyat Perlis yang baru diberikan kebenaran jelas teruja dan berkongsi foto mereka ‘flex’ dengan menjamu selera di media sosial.

Salam Dine In Dari Perlis

Dai’ Wan turun kongsi suasana di Perlis

Malah pendakwah bebas, Dai Wan turut dilihat memuat naik foto sama di akaun Twitternya

Tarik perhatian netizen

Perkongsian-perkongsian terebut nyata menarik perhatian netizen dari negeri-negeri lainnya yang jelas teruja dan rindu untuk menikmati suasana sama seperti warga Perlis.

Ada juga yang meluahkan rasa cemburu mereka tidak kurang yang merancang mahu pindah kesana.

“Seluruh negara sedang melihat perlis makan di restoran”

Sebagai rekod, Perlis terus mencatatkan angka jangkitan yang rendah berbanding semua negeri di Malaysia sejak berbulan yang lalu sehingga kerajaan bersetuju mengalihkan mereka ke Fasa baharu PPN.

Malah ramai berseloroh mahu pindah ke sana disebabkan kejayaan negeri tersebut mengawal penularan disana sehingga lahirnya poster-poster suntingan membabitkan negeri mereka.

Namun buat anda di Fasa 1 dan Fasa 2 PPN. Diharap terus bersabar dan doakan keadaan di seluruh negara kembali pulih semula. Kita masih belum menang gais!

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.