fbpx
Now Reading
Terjunan Sempurna Hingga Berjaya Raih Emas, Kisah Penerjun Cilik China Ini Buat Ramai Sebak

Terjunan Sempurna Hingga Berjaya Raih Emas, Kisah Penerjun Cilik China Ini Buat Ramai Sebak

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

https://twitter.com/4tyaaa_/status/1423207384445427713

Acara akhir terjun papan anjal bagi kategori 10 meter wanita di Pusat Akuatik Tokyo sudah pun selesai petang tadi menyaksikan China memonopoli dua tempat teratas dengan sekaligus menambah jumlah kutipan pingat emas dan perak mereka bagi Olimpik Tokyo 2020.

Lebih mencuri tumpuan pastinya dua terjunan ‘perfect score’ yang dilakukan penerjun cilik China, Quan Hongchan sehingga berjaya mencatatkan mata keseluruhan yang menakjubkan 466.20 mata untuk meraih emas.

Malah kemenangan ini menjadikan dia penerjun ke-2 termuda China yang pernah meraih pingat emas Olimpik selepas FU Mingxia (13 tahun) pada Olimpik Barcelona 1992.

Ada kisah sedih disebaliknya

Namun disebalik kemenangannya, tersimpan satu kisah sedih yang menyelubungi atlet cilik berusia 14 tahun dari Zhanjiang, China ini.

Bergelar seorang anak petani, Quan dibesarkan dalam keluarga yang serba kekurangan. Dia dari berusia 7 tahun sudah mula menceburi bidang sukan papan anjal

Mahukan kemenangan untuk rawatan ibunya

Namun perjuangannya di pentas Olimpik bukan sekadar atas dasar cintanya untuk negara, sebaliknya dia menanam azam untuk memenangi emas sama seperti atlet China masa dahulu, untuk mendapatkan wang.

Namun wang berkenaan bukanlah untuk kegunaan persendiriannya, sebaliknya untuk kegunaan rawatan ibunya.

Menurut laporan media, ibunya yang berada di kampung halaman sedang sakit dan memerlukan wang yang tinggi untuk merawat penyakitnya.

Faktor-faktor ini menjadi pendorong dan motivasi untuk dia kekal cekal dan bersemangat demi mengubah nasih keluarganya.

“Kos rawatan ibu saya agak tinggi. Jadi saya rasa harus berusaha menjana pendapatan untuk membantu keluarga,” katanya menerusi satu temu ramah bersama media tempatan sebelum kejohanan Olimpik Tokyo 2020.

Hasil usaha kerasnya, dia kini berjaya menggenggam pingat emas sekaligus menjadi penerjun terbaik dunia bagi kategori 10 meter wanita walaupun baru pertama kali menyertai sukan Olimpik.

“Saya ingin berterima kasih (kepada ibu bapa dan bekas jurulatih) kerana menggalakkan saya untuk sentiasa bertenang dan beraksi dengan bebas tanpa mengira sama ada saya mendapat pingat atau tidak.

“Saya tidak fikir saya seorang yang luar biasa. Saya kurang bijak dalam pelajaran. Jika anda tanyakan saya soalan (akademik) tiada apa-apa dalam fikiran saya,” katanya dipetik dari  portal Xinhua.

Kisahnya nyata menarik perhatian ramai netizen Malaysia. Ramai yang meluahkan rasa sebak sebaik mengetahui kisah sebenar atlet cilik tesebut.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.