fbpx
Now Reading
Didakwa Eksploitasi Budaya Rakyat Filipina Demi ‘Konten’, Nas Daily Hilang 300 Ribu Pengikut

Didakwa Eksploitasi Budaya Rakyat Filipina Demi ‘Konten’, Nas Daily Hilang 300 Ribu Pengikut

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Kami yakin ramai dari anda khususnya pengguna Facebook pasti cukup mengenali Vlogger terkenal dari Israel, Nas Daily.

Kerap berkongsi info bermanfaat dan realiti kehidupan manusia di puluhan negara dengan menjelajah ke sana, tidak mustahil Nas Daily mampu mengumpul puluhan juta pengikut di seluruh dunia.

Namun di sebalik namanya yang gah, Nas atau nama betulnya Nuseir Yassin agak kurang digemari segelintir rakyat Malaysia ekoran dari beberapa kenyataan kontroversinya antaranya dengan melabel Malaysia sebagai ‘Forbidden Country’ hampir menyamai Korea Utara selain mendakwa pemandu Singapura begitu berdisiplin berbanding rakyat Malaysia yang memandu di sana.

Terbaharu nama Nas menjadi perbualan hangat dikalangan netizen di Filipina pula selepas dia didakwa cuba menipu dengan menggunakan nama artis tatu paling terkenal dan dihormati di sana, Whang-od Oggay.

Difahamkan, Nas menerusi akademimnya ada menawarkan satu kursus secara online untuk warga Filipina yang akan diajar oleh pembuat tatu terkenal tersebut dengan harga P750 atau bersamaan RM 62.50.

Namun cucu kepada Whang-od Oggay, Gracia Palicas yang juga seorang artis tatu terkenal menerusi dua perkongsian di Grup Facebook mendakwa kelas tersebut hanyalah satu penipuan.

Isu tersebut menyebabkan Nas teruk dikecam rakyat Filiipna sehingga dia bertindak membatalkan kursus secara online tersebut.

Tidak berhenti disitu sahaja, seorang usahawan Filipina yang pernah tersenarai di dalam Forbes Forbes 30-Under-30, Louise De Guzman Mabulo kemudiannya turut tampil berkongsi pengalamannya bekerjasama dengan Nas dua tahun lalu sewaktu Vlogger tersebut datang ke negaranya.

Menurut Louise, sewaktu kedatangan Nas pada tahun 2019 untuk membuat satu liputan mengenai satu projek yang dibangunkannya, dia mula tersedar sisi gelap vlogger tersebut yang disifatkan biadap dan bersikap sarkastik dengan meniru loghat tempatan sambil mengejek mereka.

Gelar rakyat Filipina miskin

Dia juga mendakwa Nas mengriktik petani di sana dan berkali-kali menggelarkan mereka dan penduduk Filipina miskin.

“Saya sudah berdiam diri selama 2 tahun, namun dengan apa yang berlaku baru-baru ini sudah tiba masanya untuk saya bercerita.

“Pada tahun 2019, Nas Daily telah datang ke bandar saya untuk membuat liputan mengenai The Cacao Project. Waktu itu saya adalah seorang peminatnya dan hampir setiap hari menonton klip videonya bersama ayah. Seorang rakan kemudian merujukkan kami kepada Nas.

“Keluar kami kemudian membawany dan beberapa lagi pereka kandungan dan menyambut mereka seperti yang kebiasannya kita lalukan. Namun hanya dalam waktu singkat, saya menyedari lelaki yang saya pandang tinggi bertahun-tahun itu bukanlah seorang pencerita yang baik, dia sebaliknya memperdaya pengikutnya untuk mempercayainya.

Tiru dan ejek loghat Tagalog

“Saya melihat dia meniru dan mengejek loghat dan bahasa tempatan dengan menggunakan suku kata Tagalong dan menyatakan ianya kedengaran bodoh.

“Dia berulang kali mengatakan penduduk di kampung saya ‘miskin’, ‘petani sangat miskin!’, ‘mengapa orang Filipina begitu miskin?’

Hanya pentingkan konten

Menurut Louise lagi Nas juga hanya mementingkan konten malah cuba menipu pengikutnya. Dakwanya dia ada terdengar Nas bergurau yang dia hanya perlu meletakkan perkataan Filipina pada tajuk videonya dan dia pasti akan jutaan tontonan dan komen dari netizen di sana.

Malah dia menyeru rakyat Filipina agar bersamanya untuk tidak terus dieksploitasi dan dijadikan bahan untuk seseiap.

“Rakyat Filipina harus bersama-sama dalam isu ni. Kita bukan subjek untuk dieksploitasi. Budaya kita bukan untuk dijadikan bahan atau modal kepada mana-mana individu. Kita lebih dari apa yang difikirkan dunia terhadap kita.

“Orang seperti Nas Daily merupakan cara jajahan baharu dunia hari ini. Saya sudah mendiamkan diri sejak 2019 dan kini saya tidak boleh lagi bertahan.

“Nas mengejar kandungan orang Filipina kerana tahu negara kita akan memberinya kemasyuran. Kita yang menentukan arus. Kita yang menentukan trend dan keperitan.

Hilang 306,900 pengikut dalam 1 minggu

Dua isu besar tersebut kemudian menyebabkan populariti dan kredibiliti Nas di Filipina sedikit merudum. Malah hanya dalam seminggu, ia menyebabkan Nas kehilangan 306,900 pengikutnya di Facebook.

Menurut laporan Rappler, paling ketara adalah semalam, 5 Ogos apabila data dari CrowdTangle menunjukkan dia kehilangan 275,200 hanya dalam masa sehari.

Nas tampil pertahankan diri

Enggan reputasinya terus tercalar, Nas kemudian membuat satu pernyataan balas dengan mendakwa dia sebenarnya tidak menipu dalam hal membabitkan Whang-od Oggay. Sebaliknya dia sudah berbincang untuk memberikan kesemua  keuntungan dari kelas tatu tersebut.

Bagi kes Louise pula, dia mendakwa usahawan tersebut yang sebenarnya menipu. Menurut Nas, The Cakao Projek yang dinyatakan usahawan tersebut sebenarnya langsung tidak wujud.

Mereka hanya menyedari perkara tersebut setibanya mereka ke tapak projek berkenaan dimana semuanya hanyalah gembar-gembur di media. Tiada 200 petani yang dikatakan dan tiada dan kebun seperti yang dilaporkan media di internet.

Saya tidak boleh biarkan anda sebarkan benda palsu di internet secara percuma

Namun perkongsian panjang lebar Nas tersebut langsung tidak menjawab dakwaan usahawan berkenaan mengeni sikap biadap dan kurang ajarnya dengan memainkan bahasa penduduk tempatan. Malah dia langsung tidak menyebut tetang dakwaan Louise yang dia berulang kali menggelar petani disana miskin.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.