fbpx
Now Reading
Siti Sarah Dah Ditidurkan, Bakal Jalani Pembedahan Untuk Lahirkan Bayi

Siti Sarah Dah Ditidurkan, Bakal Jalani Pembedahan Untuk Lahirkan Bayi

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Pagi ini peminat dunia hiburan dikejutkan dengan laporan media mengenai penyanyi Siti Sarah yang terpaksa dimasukkan ke ICU disebabkan tahap oksigen yang tidak stabil.

Terbaru pengurus Siti Sarah, Nana Mohamad Rom memaklumkan penyanyi tersebut sudahpun tidurkan.

“Sarah dah ditidurkan. Minta tolong doakan dia,” kata Nana dipetik dari Harian Metro.

Buat majlis bacaan yasin untuk doakannya

Jelas Nana sebagai usaha untuk mendoakan kesejahteraan penyanyi itu, mereka akan mengadakan majlis bacaan Yassin tengahari ini yang akan dipimpin oleh Imam Muda Asyraf.

“Ini adalah inisiatif kami sebagai rakan-rakan untuk pinjamkan kekuatan kepada Sarah dan juga bayi di dalam kandungannya.

“InsyaAllah, Allah akan mendengar rintihan dan permintaan kita,” katanya lagi.

Akan jalani pembedahan keluarkan bayi sekitar 2 petang

Suaminya, pelawak dan usahawan, Shuib pula sebentar tadi memaklumkan Siti Sarah juga akan menjalani pembedahan untuk melahirkan bayinya sekitar pukul 2 hari ini.

Dia dalam masa sama turut memohon orang ramai untuk mendoakan agar pembedahan berjalan dengan lancar.

“Assalamualaikum semua. Terima kasih yang mendoakan isteri saya Siti Sarah Raisuddin.

“Sekejap lagi lebih kurang (pukul) 2 lebih, Sarah akan menjalani pembedahan untuk keluarkan bayi.

“Saya mohon terus doakan Sarah semoga pembedahan tersebut dapat dijalankan dengan baik. Terima kasih semua.” tulis Shuib di akaun Instagramnya.

Terdahulu pada Rabu, Siti Sarah  nama sebenarnya Siti Sarah Raisuddin, yang sarat hamil tujuh bulan dikejarkan ke HUKM berikutan tahap oksigen yang semakin menurun, selepas dia dan keluarganya disahkan positif Covid-19.

Kami di BuzzKini mendoakan agar Siti Sarah diberikan kesembuhan. Sama-sama doakan agar dia dan bayi juga selamat menjalani pembedahan ..Amin!

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.