fbpx
Now Reading
Shah Firdaus Dikejarkan Ke Hospital Usai Saingan Repechages

Shah Firdaus Dikejarkan Ke Hospital Usai Saingan Repechages

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Pelumba basikal negara, Muhammad Shah Firdaus Sahrom sebentar tadi dilaporkan telah dikejarkan ke Hospital Universiti Juntendo, Shizouka,  usai saingan repechage untuk tempat ke suku akhir acara Keirin Olimpi Tokyo 2020.

Menurut laporan Stadium Astro, pemeriksaan lanjut akan dijalankan ke atas pelumba basikal negara itu bagi mengetahui keadaan sebenar beliau.

Foto : Bazly Azmi

Disyaki alami kecederaan patah tulang rusuk

Wartawan Nadi Arena yang kini berada di Jepun, Bazly Azmi menerusi satu hantaran di Twitternya meminta orang ramai untuk mendoakan pelumba basikal negara itu selepas dia disyaki mengalami kecederaan patah tulang rusuk.

Henti serang akaun media sosial Jack Carlin

Dia dalam masa sama turut meminta orang ramai agar berhenti dari menyerang akaun media sosial pelumba basikal Great Britain, Jack Carlin ekoran dari kemalangan membabitkan Shah Firdaus tadi.

“Kita kena profesional kerana kemalangan dalam keirin adalah satu perkara yang normal” katanya lagi.

Shah Firdaus sebelum itu telah mempamerkan semangat juang yang luar biasa sehingga bangkit menduduki tempat kedua dalam saingan repechage sekaligus layak ke suku akhir meskipun dalam dalam keceraaan selepas terlibat dalam kemalangan saringan kedua kerana bergesel dengan pelumba Great Britain, Jack Carlin dan turut melibatkan Sergey Ponomaryov.

Sama-sama kita doakan agar Shah Firdaus kembali pulih dan tidak mengalami sebarang kecederaan serius.

Dia dan Datuk Azizulhasni Awang dijadualkan untuk berlumba dalam pusingan suku akhir esok.

Terkini : Disahkan tidak alami kecederaan tulang rusuk

Terkini Astro Arena melaporkan Shah Firdaus tidak mengalami kecederaan patah tulang rusuk.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.