Jaguh berbasikal negara, Datuk Azizulhasni Awang, hari ini telah menceriakan kontinjen Olimpik negara dan seluruh rakyat Malaysia dengan menghadiahkan pingat perak selepas menduduki tempat kedua perlumbaan final acara keirin di Velodrom Izu, Shizuoka..
Namun disebalik kejayaannya itu, terselit rasa kecewa di riak mukanya sebaik perlumbaan tamat memandangkan beliau mengimpikan untuk menghadiahkan kilaun emas kepada rakyat Malaysia bagi acara tersebut.
ThePocket Rocket Man yang ditemuramah wartawan Astro Arena, Bazly Azmi, mengakui perasaannya bercampur baur selepas bergelar naib juara. Dia kemudian dilihat berulang kali memohon maaf kepada rakyat Malaysia.
“Saya minta maaf, saya minta maaf.
“Perasaan saya bercampur, sedih juga sebab memang datang untuk menang emas. Saya jadi harapan terakhir untuk kontinjen Malaysia.
“Tapi ini sukan ada suka dan duka. Saya nak rakyat Malaysia tahu yang saya sudah berikan yang terbaik” kata Azizulhasni.
Beliau kemudian dilihat mengalirkan air mata selepas berkongsi dugaan dan tekanan yang dihadapinya sepanjang saingan Olimpik Tokyo 2020 ini dimana terpaksa berjauhan dari isteri dan anak di Melbourne selain terpaksa meninggalkan ibu bapa dan keluarganya di tanah air.
Lebih menimbulkan sebak dihatinya apabila mengetahui ayahnya terpaksa dikejarkan ke hospital selepas mengalami serangan mild stroke sebelum beliau berangkat ke Tokyo.
Namun disebalik kekecewaannya, Azizulhasni mendapat perkhabaran gembira apabila Bazly memaklumkan yang isterinya, Datin Althiah Ilyana kini hamil anak ke-3 sekaligus terus melakukan sujud syukur.
Wanita itu sebelum ini berjaya mendapat pengisytiharan bahawa dia bukan beragama Islam setelah memfailkan saman…
Prestasi Malaysia dalam Indeks Kebebasan Media Dunia 2024 menunjukkan penurunan dari 62.83 mata kepada 52.07…
Menerusi tangkap layar dikongsi pendakwah bebas itu, kelihatan seorang perempuan berjalan bersebelahan sekumpulan lelaki bagi…
Menurut KPD Klang Utara, kedua-dua mereka bukan warganegara, tetapi mempunyai dokumen perjalanan yang sah.
Menerusi video podcast tersebut, Aliff yang juga pelakon itu mengakui perlukan bantuan daripada pihak lain…
Pensyarah itu juga dilihat membantu membukakan pintu agar pelajar terbabit dapat menolak masuk basikalnya ke…