fbpx
Now Reading
Fungsi Pada Apple Watch Selamatkan Nyawa Seorang Lelaki Selepas Dia Jatuh Pengsan Di Dalam Tandas

Fungsi Pada Apple Watch Selamatkan Nyawa Seorang Lelaki Selepas Dia Jatuh Pengsan Di Dalam Tandas

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Seorang lelaki dari Long Island, Amerika Syarikat benar-benar bernasib baik apabila jam Apple Watch yang dipakainya telah menyelamatkan dia selepas terjatuh pengsan secara tiba-tiba di dalam tandas.

Difahamkan Brandon Schneider, pada mulanya pergi ke hospital selepas mengalami sakit perut yang teruk untuk beberapa hari sambil ditemani ayahnya.

Namun sewaktu menunggu di jabatan kecemasan, dia meninggalkan ayahnya sebentar untuk ke bilik air.

Foto : Schneider

Tidak sampai bebeberapa minit di dalam tandas, dia yang sedang mencuci tangan secara tiba-tiba jatuh pengsan.

Berjaya mengesan yang Schneider telah mengalami jatuh yang teruk, jam pintar tersebut kemudian memberikan mesej heptik yang perlu di balasnya dalam tempoh 45 saat.

Namun disebabkan tiada respon, Apple Watch berkenaan secara automatik terus memberi notifikasi amaran kepada ayahnya yang kebetulan adalah penama ‘favourite’ untuk Schneider sekiranya berlaku kecemasan.

Sebaik menerima mesej tersebut, ayahnya yang berada di luar kemudian terus bergegas mendapatkan bantuan dari kakitangan hospital untuk memeriksa keadaan anaknya.

Alami hematoma dan tulang tengkorak patah

Hasil CT Scan yang dilakukan kemudiannya mendapati Schneider telah mengalami hematoma yang boleh meragut nyawa selain dikesan mengalami patah tulang tengkorak.

Khuatir akan perkembangan tersebut, pasukan perubatan kemudian memaklumkan Schneider perlu menjalani pembedahan otak dengan segera.

Jelas dia bernasib baik apabila pembedahannya berjalan dengan sempurna dan secepat mungkin

“Apa yang boleh saya katakan ialah Apple Watch ini telah menyelamatkan nyawa saya” katanya dipetik dari ABC.

Perkara tersebut turut dipersetujui oleh seorang pakar perubatan Dr. Darien Sutton, yang menyifatkan Schneider benar-benar bernasib baik kerana dia berjaya mendapatkan rawatan segera.

Buat anda yang tidak tahu, fungsi pengesanan ini hadir sejak Apple Watch Series 4. Sekiranya penggunanya tidak memberikan respon atau membalas amaran haptik dalam tepoh 45 saat, Apple Watch tersebut secara automatik menghantar notifikasi kepada ‘penama’ yang telah anda tetapkan.

Jadi buat pengguna Apple Watch 4 dan ketas, gunakan fungsi tersebut dengan menetapkan nombor kenalan kecemasan didalam jam pintar berkenaan. Mana tahu jika anda pengsan atau jatuh secara tiba-tiba bukan?

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.