fbpx
Now Reading
“Sampai Bila Nak Macam Ni? ” – Netizen Luah Rasa Kecewa Tiada Pematuhan SOP Di PPV Grand Seasons [Video]

“Sampai Bila Nak Macam Ni? ” – Netizen Luah Rasa Kecewa Tiada Pematuhan SOP Di PPV Grand Seasons [Video]

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Tengahari tadi tular di media sosial satu video memperlihatkan kesesakan di hadapan Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Hotel Grand Season difahamkan membabitkan warga asing yang sedang menunggu giliran mendapatkan vaksin di sana.

Mula dikongsikan seorang pengguna Instagram, Umirah Taib yang kebetulan lalu disana bersama suami, video tersebut kemudian mula tular dan sohor di laman media sosial lain sehingga menarik perhatian ramai.

Menerusi video berdurasi 7 minit 16 saat tersebut, dapat dilihat wanita tersebut dan suaminya meminta orang ramai yang sedang beratur menunggu giliran di Rumah Prihatin di Hotel Grand Season untuk mematuhi SOP dengan menjaga penjarakan fizikal di antara satu sama lain.

Rakaman tersebut jelas menunjukkan rata-rata mereka yang berada disana berhimpit-himpit sesama sendiri malah ada dikalangan mereka yang berpegangan tangan hingga menimbulkan rasa tidak tidak selesa orang ramai yang menontonnya.

Umirah menerusi perkongsian tersebut turut menzahirkan rasa kecewanya dengan apa yang terjadi dan menyifatkan perkara ini jika tidak dibendung pasti mampu menyumbang lebih banyak kes di dalam negara.

Malah menurutnya kesemua warga asing tersebut tidak sepatutnya diperlakukan sebegitu rupa sebaliknya perlu diuruskan dengan sebaik mungkin.

“Dengan membiarkan warga asing bercampuran latar belakang dan bidang
sebegini, akan munculkan lagi kes kes terpencil bermula dari supermarket, masjid, atau dari mana mana sahaja kerana kita semua tak tahu ke mana pergerakan mereka setelah selesai semua ini.

“Dan jika mmg mereka bukan satu warganegara yg sama, dan mungkin kita tak punya belas kasihan kepada mereka, tetapi mereka tetap menyumbang kepada kes & statistik covid di Malaysia. Mangsa seterusnya adalah mungkin di antara mana2 ahli keluarga kita pula..

“Hancur harapan melihat semua ini. kami seolah tidak nampak apa hala tuju masa depan utk Rakyat Malaysia dgn kebocoran kegagalan SOP sebegini”

Ramai setuju dengan tindakan pasangan suami isteri ini

Netizen yang menonton video tersebut rata-rata bersetuju dengan pendapat Umirah dimana keadaan ini jika tidak dibendung pastinya akan menyumbang kepada pertambahan kes Covid-19 apatah lagi angka jangkitan ketika ini begitu membimbangkan.

Malah ramai turut menzahirkan kekecewaan mereka dan berharap perkara ini diberi perhatian serius sekiranya negara mahu bebas dari wabak maut ini.

Polis buat hebahan agar mereka disana patuhi SOP

Terbaharu, Polis Diraja Malaysia (PDRM) sudahpun mengarahkan pasukan pematuhan ke PPV tersebut untuk mengawal keadaan.

Menurut Ketua Polis Daerah Dang Wangi, ACP Noor Delhan Bin Yahaya, hebahan juga telah dibuat kepada mereka yang berada disana untuk mematuhi SOP dengan mengawal penjarakan fizikal dan memakai pelitup muka.

Pasukan pematuhan kemudiannya berjaya mengawal keadaan disana sehinggalah program vaksinasi disitu selesai.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.