fbpx
Now Reading
Sanggup Sarung PPE Temani Shuib Urus Pengebumian Siti Sarah, Tindakan Rahim Dapat Pujian Ramai

Sanggup Sarung PPE Temani Shuib Urus Pengebumian Siti Sarah, Tindakan Rahim Dapat Pujian Ramai

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Pemergian penyanyi terkenal, Siti Sarah Raisuddin bukan sahaja mengejutkan dunia hiburan malah memberikan kesan kepada seluruh rakyat Malaysia.

Baik golongan pemimpin, rakan selebriti dan orang ramai sendiri tidak henti-henti mengucapkan takziah kepada keluarga dan suaminya pelawak dan usahawan Shuib.

Sahabat rapat serta rakan selebriti juga tanpa henti memberikan kata-kata semangat agar dia terus mendidik dan membesarkan anak-anaknya yang masih kecil.

Namun salah seorang yang menjadi perhatian ramai tentunya Rahim Sepahtu, apabila dia dilihat turut sama menyarungkan PPE dan bersama menguruskan majlis pengebumian jenazah Siti Sarah.

Menerusi TikTok, seorang pengguna bernama @shahrulazwa7, telah berkongsi video memperlihatkan Rahim Sepahtu yang sedang menyarung PPE dipercayai sebelum urusan pengebumian.

Dia sebaik siap menyarung PPE dilihat menghampiri Shuib bagi memberi semangat kepada rakannya itu.

@shahrulazwa7

Respect giler kat bro rahimsepahtu ni,sama2 memakai PPE urus jenazah isteri sahabat baik,#respect #fyp

♬ original sound – ❤️𝖋𝖎𝖊𝖟𝖆 #𝖙𝖗𝖎𝖇𝖊769 ❤️

Tindakannya mencerminkan yang dia adalah seorang sahabat dikala susah dan senang.

Rahim titip kata semangat di IG

Rahim dalam masa sama turut memuat naik satu perkongsian di akaun instagramnya menitipkan kata-kata semangat agar sahabatnya itu terus kuat dan tabah dalam menghadapi dugaan kehilangan insan yang tersayang.

Perkongsian-perkongsian tesebut nyata mencuri tumpuan peminat yang menyifatkan tindakan beliau dalah satu tindakan terpuji yang seharusnya dilakukan seorang sahabat di kala mempunyai teman yang sedang meratapi permegian insan tersayang.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.