fbpx
Now Reading
Abang Siti Sarah Sudah Ditidurkan Untuk Rehatkan Paru-paru, Shuib Mohon Doa Orang Ramai

Abang Siti Sarah Sudah Ditidurkan Untuk Rehatkan Paru-paru, Shuib Mohon Doa Orang Ramai

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Baru sahaja kehilangan isteri tercinta beberapa hari lalu, keluarga besar pelawak dan usahawan, Shuib sekali lagi diuji apabila abang iparnya, Ahmad Firdous bin Raisuddin dikhabarkan sudah dimasukkan ke ICU.

Perkara tersebut dikongsikan Shuib menerusi satu hantaran di akaun Instagramnya pada awal pagi tadi.

“Assalamualaikum semua, Allah Maha Besar, Allah Maha Kuasa. Baru dapat panggilan abang ipar saya, (iaitu) abang kepada arwah dimasukkan ke ICU.

Dia dalam masa sama turut memohon doa orang ramai agar abang kepada arwah Siti Sarah itu diberikan kesembuhan dengan segera.

“Saya mohon mendoakan Ahmad Firdaus bin Raisuddin semoga diberi kesembuhan segera. Amin Ya Rab,” katanya di Instagram awal pagi tadi.

Sudah ditidurkan

Menerusi laporan Berita Harian, Shuib memaklumkan abang iparnya itu juga sudah ditidurkan sejak jam 5 pagi bagi membolehkan paru-parunya berehat.

“Doktor hendak rehatkan paru-parunya… Sebelum ditidurkan, paras oksigen adalah 95 peratus.

“Ketika dikejarkan ke hospital, Selasa lalu, paras oksigennya adalah kira-kira 85 peratus. Ahmad Firdous disahkan positif COVID-19 pada 2 Ogos lalu,” katanya.

Difahmakn Ahmad Firdous dan isterinya disahkan positif empat hari selepas keluarga Siti Sarah dijangkiti virus COVID-19 namun dua anak mereka difahamkan bebas dan tidak dijangkiti virus berkenaan.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.