fbpx
Now Reading
Jururawat Antivaksin Di Jerman Dikesan Tukar Suntikan Vaksin Covid-19 Dengan Air Garam Pada 8,600 Penerima

Jururawat Antivaksin Di Jerman Dikesan Tukar Suntikan Vaksin Covid-19 Dengan Air Garam Pada 8,600 Penerima

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Disaat seluruh dunia sedang rancak dengan program vaksinasi Covid-19, seorang jururawat di Friesland, Jerman didakwa telah menukarkan vaksin berkenaan dengan air larutan garam sebelum menyuntik penerimanya.

Jururawat yang bertugas dengan Palang Merah itu difahamkan seorang anti vaksin dan tindakannya telah menyebabkan 8,6000 penerima rata-ratanya mereka yang berumur hanya menerima suntikan larutan air garam dipercayai pada sekitar Mac – April lalu.

Menurut laporan DailyMail, pihak berkuasa kemudiannya mengeluarkan notis menggesa ribuan individu yang sudah menerima suntikan pertama di pusat vaksinasi di daerah tersebut untuk hadir sekali lagi agar dapat menerima suntikan vaksin yang sebenar.

Meskipun belum jelas apakah motif sebenar jururawat berkenaan, polis bagaimanapun memaklumkan suspek sebelum ini ada mengutarakan pandangan skeptikalnya mengenai vaksin menerusi beberapa hantaran di media sosial.

Walaupun penggunaaan larutan air garam itu tidak berbahaya, tindakannya menimbulkan kegusaran di kalangan pegawai kerajaan di kawasan tersebut memandangkan rata-rata yang menjadi ‘mangsanya’ adalah golongan berumur yang sudah pastinya berisiko tinggi dijangkiti wabak maut tersebut.

Ini kerana kebanyakan orang yang mendapat temu janji vaksin pada dua bulan berkenaan adalah dari kalangan warga berusia.

“Saya benar-benar terkejut dengan perkara ini,” kata Sven Ambrosy, ahli majlis tempatan, di Facebooknya selepas pihak berkuasa tempatan mengeluarkan notis meminta penduduk disana untuk mengambil vaksinasi semula.

Setakat ini tiada pengesahan sama ada jururawat berkenaan sudah ditahan atau didakwa di atas tindakannya itu. Namun portal NDR kes berkenaan kini di bawah kendailan satu unit khas.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.