fbpx
Now Reading
“Masih Dihargai Diluar Negara”- Foto Lelaki Turki ‘Pose’ Bersama Proton Wira Raih Perhatian Peminat Automotif

“Masih Dihargai Diluar Negara”- Foto Lelaki Turki ‘Pose’ Bersama Proton Wira Raih Perhatian Peminat Automotif

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Tanya pada mana-mana sahaja rakyat Malaysia, setiap orang dari kita atau ahli keluarga terdekat pasti ada atau pernah memiliki salah satu model kereta nasional Proton.

Antara model lama yang paling diingati dan pernah menjadi fenomena dikalangan anak muda pastinya Proton Satria , Putra dan Wira. Malah model-model ini sebagai contoh Proton Wira antara model Proton yang berjaya dipasarkan di luar negara.

Namun siapa sangka selepas lebih dua dekad diberhentikan pengeluarannya dan ditukar nama kepada Gen-2 dan Pesona, Proton Wira yang berasaskan kereta Mitsubishi Lancer/Colt masih lagi mendapat tempat di luar negara.

Baru-baru ini tular seorang lelaki dipercayai berketurunan Turki sedang duduk ‘berposing’ di hadapan sebuah Proton Wira yang dipenuhi hiasan riben kuning seperti sedang menyambut sesuatu peristiwa.

Mula dimuat naik seorang peminat automotif, Chris Loo di Facebooknya, foto berkenaan kemudian dikongsikan semula oleh portal kereta Motorsports Malaysia.

Dilihat dari no pendaftaran kenderaan tersebut, foto berkenaan di fahamkan diambil di Ankara, Turki.

Ada komuniti peminat Proton di Turki

Malah difahamkan terdapat komuniti peminat kereta Proton di negara. Atas dasar minat mereka turut mewujudkan grup facebook keluarga Proton di sana iaitu Tuncer Kocak TR Proton Club.

Perkongsian oleh Chris Loo dan Motorsport Malaysia itu nyata menarik perhatian ramai peminat automotif tempatan.

Ramai pemilik kereta Wira tempatan tidak melepaskan peluang untuk berkongsi foto kereta masing-masing di ruangan komen.

Ramai yang turut melahirkan rasa bangga kerana masih ada kereta jenama tempatan yang masih diminati di luar negara.

Malah ada yang beranggapan tidak mustahil nilai Proton Wira mampu melonjak seperti kereta JDM buatan jepun suatu hari nanti.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.