fbpx
Now Reading
“Keadaan Mak Saya Sangat-Sangat Tidak Baik” – Achey Mohon Doa Orang Ramai

“Keadaan Mak Saya Sangat-Sangat Tidak Baik” – Achey Mohon Doa Orang Ramai

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Pelawak terkenal, Achey Bocey menerusi satu perkongsian hari ini memaklumkan ibunya, Ngaisah Hassan yang yang kini sedang menerima rawatan di Hospital Segamat, Johor selepas disahkan positif Covid-19 dalam keadaan yang yang tidak begitu baik.

Bimbang dengan keadaan tersebut, Achey turut memohon bantuan orang ramai untuk mendoakan agar ibunya diberikan kesembuhan.,

“Salam subuh, saya tau doa anda sangat padat ketika ini… tapi jika ada ruang kecil dalam doa kalian yang kosong , dapatlah kiranya ruang doa itu di isi untuk mak saya.. Ngaisah Bte Hassan” tulis Achey menerusi ruangan kapsyen

Achey menerusi satu perkongsian di IGTV semalam memaklumkan ibunya memerlukan bantuan oksigen dan terpaksa ditidurkan secara meniarap untuk memudahkan proses penafasan.

Ia sekaligus menjelaskan kekeliruan orang ramai selepas ada yang menyangkakan ibunya telah ditidurkan.

Difahamkan satu persatu ahli keluarganya disahkan positif selepas dijangkiti virus tersebut dari seorang pelanggan yang membeli jualan mereka di tepi jalan.

Dia dalam masa turut mengingatkan orang ramai agar bersegera mendapatkan vaksin selain sentiasa mematuhi SOP yang ditetapkan sebagai usaha untuk membendung penularan virus maut ini.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.