fbpx
Now Reading
Kenapa Pesakit Covid-19 Ditidurkan? Doktor Ini Beri Penjelasan & Kaedah Ianya Dilakukan

Kenapa Pesakit Covid-19 Ditidurkan? Doktor Ini Beri Penjelasan & Kaedah Ianya Dilakukan

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Tidak dinafikan lonjakan kes jangitan Covid-19 didalam negara begitu menggusarkan banyak pihak.

Lebih merisaukan orang ramai apabila banyak pesakit kritikal terpaksa ditidurkan sebagai usaha untuk menyelamatkan mereka.

Kaedah ini bagaimanapun menimbulkan tanda tanya dan persepsi dikalangan orang ramai disebabkan terma ‘ditidurkan’ sehingga ramai mengaitkannya sebagai faktor kematian pesakit, hingga menimbulkan kebimbangan mereka.

Enggan perkara tersebut disalah erti, seorang pakar perubatan, Dr Faruq Zulkifli tampil menerusi ciapan di akaun Twitternya menjelaskan secara terperinci kenapa hospital menggunakan kaedah berkenaan terhadap pesakit Covid-19 yang kritikal.

Jom ikuti perkongsiannya di bawah.

Ditidurkan? Ape tu?Kenape ditidurkan dan apa yang anda kena faham?

Ditidurkan ialah Sedated & Intubated.
Apa indikasi? Kenapa kebanyakannya berakhir dgn kematian?

Kes contoh : Lelaki 45 tahun, tiada masalah kesihatan terdahulu. Tiada asthma. Positive covid D4. Kuarantin di rumah. Pergi kecemasan dengan keadaan tercungap-cungap sebab sesak nafas dan kepenatan selepas 4 hari dirumah. Oxygen ( 88- 90%) Kadar pernafasan 30 kali seminit.

Darah nadi (Arterial blood gases, ABG)
Partial o2 65%
Saturation o2 88%
Lactate 5,
Hco3 18

Jadi apa yang anda faham dari info di atas?

1) Oksigen tidak cukup (sepatutnya 96% keatas)
Bacaan di Pulse oximetry tidak setepat ABG tapi boleh digunakan dan diterima sebgai saringan awal.

2) Kadar pernafasan orang dewasa normal septutnya 16-20 seminit.

Kenapa laju? Sbb reflex oksigen kurang, otak bertindak untuk compensate dengan lajukan pernafasan. Side effect? Badan dan paru-paru akan letih. Nafas laju menyebabkan pertukaran oxygen tak efficient. Co2 washout.

Apa jadi selepas tu?

PH tak balance. Sebab carbon dioxide terlampau banyak keluar. PCO2 keluar banyak menyebabkan HCo3 kena compensate. Makin turun bacaan. Single digit. Lagi tak balance electrolyte.

Lepas tu apa jadi?

Anda ingat badan manusia akan tenang dalam keadaan begini? Dalam situasi ini dipanggil “Pending respiratory collapse” dah ni.

Eh tapi tak ada ke option lain. Kenapa nak intubate terus?

Okay la. Ada option. Tapi doktor always akan rekomen yang terbaik. Tapi kalu nak yang biasa juga?

Nasal Prong?

Kalau oxygen masih tak memuaskan? – Facemask 5liter

Kalau tak cukup? Ok venturi mask up to 60%.

Kalau tak okay lagi? High flow mask 15 liter.

Kalau masih tak cukup untuk revert back keadaan ada satu lagi option. Iaitu NIV non invasive ventilation Continuous pap dan bipap.

Tapi macam mana nak tahu oxygen tu cukup ke tak?

Kalau dah stage oksigen supplementation macam ni. Oximeter jari tu dah tak accurate. Semua based on ABG dah.

Mana nak dapat? – Darah nadi/arterial blood gases.

Sakit? Ha’ah mmg sakit! Sebab apa sakit? Hari tu ambik darah tak sakit pon.

Sebab artery ada nerve ending di sekitar lapisan dia. Vein tak ada! Vein collapsible. Nipis lapisan. Sebab tu branula insert senang saja di vein dan collapsible bile tekan.

Artery tak? why? Sebab artery wall tebal untuk accomodate oxygenated blood yang high pressure (From heart/jantung).

Sebab tu mak ayah kakak yang penah masuk wad cakap perit darah di nadi! Tapi itu je bacaan tepat. Lepastu sekiranya NIV ni tak berkesan? Apa option lagi yang doktor ada? Kalau dah pesakit tak leh tolerate, restless. Bipap modes tak leh follow. Continous Pap modes lagi lah! Oksigen tak kan cukup dah.

So inilah part di mana intubasi diperlukan. Ditidurkan?

Ya. Akan ditidurkan dengan ubat tidur (Sedative) dan disebabkan paru-paru tadi penat (Laju nafas) fungsi paru-paru dihentikan untuk diberikan kepada mesin supaya dapat rehat dan mesin membantu. Inilah dimana anesthesia memain peranan.

Kenapa mati? Kenapa semua intubate tak bangun balik?

Siapa cakap semua tak bangun. Semua yang buat operation besar-besar semua intubated. ELECTIVELY INTUBATE dan sedar je.

Cuma dalam isu Covid, paru-paru sangat la teruk. Fungsi paru-paru langsung tak dapat support untuk masuk oksigen. Even dengan bantuan mesin!

Jadi kesudahannya, bantuan yang diberikan doktor melalui mesin pon sudah tak dapat ditampung maka keadaan makin teruk.

Untuk pengetahuan semua, kalau tak tidurkan jangka hayat pesakit makin singkat. Jadi bantuan diberi adalah untuk sokong dan extend lagi hayat nyawa. Sebab itulah intubasi dilakukan.

Bukannya pilih untuk “mematikan” sebagaimana yang diclaim oleh orang yang tak faham apa itu intubasi. Saya bosan tengok komen mengatakan intubasi dibuat untuk membunuh. Sudahlah anda tidak tahu, menambah lagi menghasut orang untuk mengeji kerja-kerja  menyelamatkan orang ini.

Itu adalah contoh dan maybe tidak lengkap. Sekiranya ada persoalan boleh DM saya untuk penerangan. Sekurang -kurangnya lega lah saya dapat explain apa tu intubasi.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.