fbpx
Now Reading
Dari UFC, Khabib Nurmagomedov Ubah Kareer Jadi Pemain Bola Sepak Profesional

Dari UFC, Khabib Nurmagomedov Ubah Kareer Jadi Pemain Bola Sepak Profesional

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

https://twitter.com/ionyx01/status/1348538205281415168?

Nampaknya impian Ikon UFC Khabib Nurmagomedov untuk menyertai sukan bola sepak secara profesional tercapai selepas dia menandatangani kontrak bersama pasukan divisyen ketiga Rusia, FC Legion Dynamo.

Dia yang menyatakan minatnya selepas bersara dari MMA setahun lalu sememangnya seorang peminat bola sepak khususnya kelab Real Madrid malah kerap berkongsi video aksi lincahnya di atas padang.

Malah dia mengidolakan cara permainan sahabat baiknya, bintang Juventus dan Portugal, Cristiano Ronaldo.

Menerusi laporan Daily Mail, kelab Rusia tersebut mengumumkan telah menandatangai kontak mereka bersama Khabib dalam satu kenyataan di akaun media sosial mereka.

“Kami memerlukan pahlawan hebat demi menempuhi ‘pertempuran’ yang menanti tidak lama lagi. Kami bersedia untuk menerima pasukan RPL bersama Khabib Nurmagomedov,” kata kelab itu.

Menerusi perkongsian tersebut kelab berkenaan turut memuat naik satu foto memperlihatkan seorang pegawai mereka dengan berjabat tangan bersama Khabib dengan kontrak di hadapan masing-masing.

Khabib sekitar Januari lalu menunjukkan kemahirannya dalam satu perlawanan bola sepak di Dubai bertemu lawan yang dibarisi legenda AC Milan, Clarence Seedorf.D

Dia kemudian memuat naik video di Instagram dengfan kapsyen: “Bersedia untuk penampilan pertama saya dalam bola sepak. Saya ejen bebas dan bersedia menerima sebarang tawaran.”

Malah dia turut dilihat menge’tag’ lagenda bola sepak Sweden, Zlatan Ibrahimovic berserta soalan: “Apa pendapat anda?”

Tidak lama kemudiannya sebuah kelab divisyen ketiga Rusia, FC Kamaz tampil mengumumkan bersedia menguji bintang MMA berkenaan.

Namun setakat ini tiada sebarang maklumat bilakah sahabat baik bintang Portugal, Ronaldo itu akan mula beraksi dengan pasukan barunya.

Sama-sama kita nantikan!!

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.