fbpx
Now Reading
Dituduh Lakukan Sihir, Wanita Saman 4 Pengamal Perubatan Tradisional RM1 Juta

Dituduh Lakukan Sihir, Wanita Saman 4 Pengamal Perubatan Tradisional RM1 Juta

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

JIka anda ingat sekitar awal bulan Ogos tular dimedia sosial video 4 lelaki dipercayai pengamal perubatan tradiosional sedang merawat seorang gadis yang sedang menghidapi satu penyakit misteri.

Namun keadaan bertukar kecoh usai rawatan dilakukan selepas penemuan beberapa barang yang dikatakan ‘mencurigakan’ hingga menyebabkan suasana menjadi panas dan berlaku tuding menuding dikalangan mereka yang berada disana.

Insiden tersebut secara tidak langsung menarik perhatian ramai sehingga menimbulkan perdebatan hebat di media sosial.

Terbaharu, ibu kepada gadis tersebut, Rozita Ramli telah membuat tuntutan saman malu sebanyak RM 1 juta setiap seorang terhadap empat individu tersebut yang menurutnya telah membuat tuduhan yang dia telah melakukan sihir dan mengamalkan ilmu hitam.

Menerusi laporan Kosmo, empat pengamal perubatan tradisional yang dinamakan dikenali sebagai Tok Singa, Wea Selamos, Tok Hijau dan Ustaz Perlis.

Dilemparkan menerusi beberapa siri FB live dan Youtube

Jelasnya tuduhan tersebut dilemparkan oleh kesemua mereka dalam beberapa siri siaran langsung (FB live) dan YouTube mereka sehingga memberi tekanan terhadap keluarganya.

“Tuduhan yang dikeluarkan empat individu itu menyebabkan ramai netizen turut melemparkan tohmahan dan menyalahkan kami tanpa usul periksa sekali gus mendatangkan rasa malu kepada kami serta tekanan yang sangat hebat.

“Saya juga dituduh menyihir adik-beradik sendiri sehingga dikatakan ilmu sihir itu berbalik kepada keluarga sendiri yang menyebabkan hubungan kami semua menjadi renggang.

“Lebih memburukkan keadaan, ada juga laporan polis dibuat menuduh kami menipu mengutip sumbangan untuk rawatan anak dan meminta memulangkan balik sumbangan, sedangkan ia benar-benar digunakan untuk merawat anak perempuan yang mengalami penyakit misteri dan anak lelaki yang menderita buah pinggang kronik,” katanya kepada pemberita dua hari lalu.

Tambahnya tindakan tersebut diambil  sebagai pengajaran untuk setiap tuduhan yang diberikan dan sebagai peringatan agar orang ramai tidak terus membuat fitnah terhadap keluarganya.

Tindakan saman malu itu dibuat menerusi Tetuan Hariz Syakinah & Co dengan melantik Muhammad Hariz Md Yusof sebagai peguam.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.