fbpx
Now Reading
Hantar Mesej Tak Berbalas, Rupanya Suami Sudah Meninggal Dunia

Hantar Mesej Tak Berbalas, Rupanya Suami Sudah Meninggal Dunia

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Kehilangan orang yang tersayang merupakan satu perkara yang amat menyedihkan bagi semua insan tidak kira lelaki atau wanita.

 Apatah lagi jika diduga  tidak dapat berada di sisi orang tersayang atau menatap mereka sebelum dia menghembuskan nafas terakhir.

Itu yang dialami seorang wanita,  Azliza Mohd Rosli, apabila dia tidak sempat menatap wajah suaminya, Hamzah Md. Yusuf, buat kali terakhir sebelum insan kesayangannya itu menghembuskan nafas terakhir di Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH), akibat Covid-19.

Hantar mesej tak berbalas

Menurut Azliza, dia suami sebelum itu sempat berbalas mesej di Whatsapp dimana suaminya memaklumka akan ‘ditidurkan’ pada malam Khamis lalu.

Namun tidak lama kemudiannya mesej teriakhir yang dihantar Azliza kepada beliau meminta izin untuk membuat panggilan video tidak lagi berjawab.

“Kami berbual dalam WhatsApp bermula jam 12 tengah malam, sebelum meminta izin suami untuk membuat panggilan video dan memintanya supaya jangan tidur.

“Suami ada membalas memberitahu yang dia sukar untuk tidur dan itulah kata-kata terakhirnya kerana panggilan video yang dibuat kepadanya langsung tidak dijawab,” katanya.

Beranggapan yang suaminya mungkin keletihan dan ingin berehat, Azliza bagaimanapun tetap mencuba menghantar mesej kepada suaminya itu.

“Saya masih cuba menghubungi suami kerana tidak tahu yang dia sebenarnya sudah ditidurkan.

“Sekitar 8.30 malam, barulah saya menerima panggilan telefon dari hospital yang memaklumkan suami sudah meninggal dunia,” katanya.

Tambah Azliza, arwah suaminya bekerja sebagai penyelia sebuah kilang di Kuala Ketil dan dia telah menerima rawatakan selama sembila hari di HSA selepas disahkan positif Covid-19.

Namun keadaan kesihatnnya suaminya yang tidak stabil sepanjang tempoh rawatan meyebabkan mereka kurang dapat berhubung /

“Saya juga tidak berpeluang berhubung kerap dengan arwah sepanjang tempoh sembilan hari arwah dirawat di HSAH kerana keadaan kesihatannya yang tidak stabil,” ujarnya.

Arwah juga sebelum ini ada menghantar mesej dan berpesan kepadanya supaya menjaga anak-anak sebaik mungkin.

Azliza dan suaminya bertemu jodoh hampir tujuh tahun lalu selepas pasangan masing-masing sudah meninggal dunia.

Arwah suaminya meninggalkan tiga anak bersama bekas isteri dan seorang lagi hasil perkahwinan bersama Azliza manakala Azliza pula mempunyai dua anak hasil perkongsian hidup dengan bekas suaminya.

Kesemua mereka termasuk tiga anak tirinya kini tinggal bersama Azliza dan mereka semua sangat rapat dengannya dan memanggil azliza dengan dengan gelaran umi.

Azliza bersama lima anaknya ketika ini sedang menjalani kuarantin di rumah selepas mereka turut disahkan positif Covid-19 kira-kira seminggu lalu. 

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.