JPJ Tawar Diskaun Sehingga 70% Untuk Semua Saman JPJ Mulai 18 Ogos
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Berita baik buat anda yang masih mempunyai saman tertunggak dengan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) .
Mulai esok, 18 Ogos sehingga 16 September 2021, anda kini boleh mendapatkan tawaran pengurangan saman sehingga 70% untuk semua saman yang dikeluarkan JPJ bersempena dengan sambutan hari kemerdekaan Malaysia yang ke-64.
JPJ menerusi satu kenyataan memaklumkan tawaran ini dibuat untuk meringankan beban rakyat Malaysia selaras dengan kemelut ekonomi yang melanda disebabkan penularan Covid-19.
Untuk semua jenis saman kecuali kes dalam sebutan mahkamah
Menurut JPJ, pengurangan ini akan diberikan keatas semua notis saman yang dikeluarkan mereka untuk kesalahan di bawah Akta Pengangkutan Jalan 19897 (Akta 333), Akta Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (Akta 334) serta kaedah dan perintah di bawahnya. Ini termasuk kes yang masih dalam tindakan Senarai Hitam (blacklist) kecuali membabitkan kes yang masih dalam sebutan pihak mahkamah termasuk yang berstatus warang tangkap atau perbicaraan,
Pesalah-pesalah yang telah disenarai hitam bagaimanapun dikehendaki untuk hadir ke pejabat JPJ untuk tujuan proses dokumentasi sebelum sebarang urusan pembayaran dapat dilakukan.
Jelas JPJ lagi, pengurangan ke atas notis saman berdasarkan kepada kadar kompaun semasa yang terdapat dalam sistem mySIKAP JPJ dan yang telah ditetapkan bagi kes-kes di bawah akta tersebut.
Buat anda yang berminat, urusan pembayaran boleh dilakukan di semua pejabat JPJ Negeri, Cawangan dan UTC, kiosk atau menerusi portal mySIKAP di https://public.jpj.gov.my
Namun untuk menggunakan mySiKAP anda perlu membuat pendaftaran di laman tersebut terlebih dahulu .
Ingin mengetahui cara memperbaharui lesen memandu secara online menggunakan mySIKAP. Baca panduan kami dibawah :