fbpx
Now Reading
20 Tahun Hidup Dalam Gua, Lelaki Ini Keluar Untuk Ambil Suntikan Vaksin Selepas Tahu Kewujudan Covid-19

20 Tahun Hidup Dalam Gua, Lelaki Ini Keluar Untuk Ambil Suntikan Vaksin Selepas Tahu Kewujudan Covid-19

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Penularan wabak Covid-19 yang mula menyerang dunia sejak penghujung 2019 telah memaksa majoriti penduduk dunia untuk menerapkan normal baharu dalam kehidupan harian, baik dari segi penjarakan fizikal, memakai pelitup muka, dan menjaga kebersihan diri.

Selain itu orang ramai juga digalakan untuk mengambil vaksinasi dalam mengurangkan risiko penyakit menular dengan membangunkan kembali sistem pertahanan tubuh, sekali gus mencipta imunisasi kelompok.

Namun disebalik saranan tersebut masih terdapat segelintir golongan yang tidak mempercayai vaksin malah mempertahankan pendirian meskipun sudah ‘disumbat’ dengan pelbagai penjelasan oleh pihak berkuasa dan pakar kesihatan.

Keadaan bagaimanapun dilihat berbeza dengan seorang seorang lelaki dari Pirot, Serbia, yang sudah 20 tahun menetap di dalam gua seorang diri.

Foto : AFP

Meskipun sudah menjalani penjarakan sosial dan fizikal sejak 2 dekad lalu dengan mengelak dari bergaul dengan sesiapa, lelaki ini sanggup keluar dari tempat ‘pertapaannya’ yang hanya boleh diakses menerusi pendakian curam semata-mata hanya untuk mendapatkan suntikan vaksin Covid-19.

Foto : AFP

Baru tahu kewujudan Covid-19 tahun lalu

Lebih mencuri tumpuan, Panta Pertrovic, 70, difahamkan baru sahaja mengetahui tentang kewujudan Covid-19 pada penghujung tahun lalu. Itupun secara kebetulan selepas dia keluar ke pekan untuk membeli barangan.

“Virus ini tidak memilih mangsa. Ia akan datang ke sini, ke gua saya juga,” katanya kepada AFP.

Dia kemudian terus merancang untuk mendapatkan vaksinasi dan akhirnya berjaya mendapatkan suntikan berkenaan beberapa hari lallu.

Galak orang ramai ambil vaksin

Beliau dalam masa sama turut menggalakkan orang ramai segera mendapatkan suntikan vaksin COVID-19. Malah dia tertanya-tanya kenapa masih ada individu yang mempunyai pandangan skeptikal mengenai kewujudan virus berkenaan.

“Saya ingin dapatkan kesemua tiga dos termasuk dos tambahan. Saya juga ingin menggalakkan setiap penduduk agar mendapatkan vaksinasi mereka,” ujarnya.

Foto : AFP

Pertrovic sekitar 20 tahun lalu yang memilih untuk tinggal di sebuah gua kecil sebagai cara untuk mengelak daripada berhubungan dengan masyarakat.

“Saya tidak bebas di bandar. Kebiasaannya, terdapat seseorang yang akan mengganggu anda, sama ada anda bertengkar dengan isteri, jiran atau polis.

“Di sini, tiada sesiapa yang mengganggu saya,” jelasnya yang hidup bersama ‘rakan-rakannya’ iaitu yang terdiri dari ayam, kucing, anjing dan babi hutan. 

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.