
Ustaz Ebit Lew Selesai Beri Keterangan, Tampil Sebagai Saksi Kes Dakwaan Gangguan Seksual
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Tanda tanya orang ramai mengenai siapa pendakwah yang dipanggil ke Bukit Aman semalam terjawab selepas Ustaz Ebit Lew dilihat tampil menghadirkan diri ke sana pagi tadi.
Menurut UEL, dia dipanggil bagi memberikan kerjasama sebagai saksi berkenaan dakwaan gangguan seksual di Bahagian Siasatan Jenayah Seksual, Wanita dan Kanak-Kanak (D11) Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman
Mengakui kes berkenaan adalah satu fitnah yang sangat kejam dan melampau, UEL bagaimanapun menyerahkan sepenuhnya kes berkenaan kepada pihak polis.
“Saya hadir memberi kerjasama sebagai saksi kepada kes ini dan menyerahkan sepenuhnya kepada pihak polis.
“Fitnah yang saya terima ini begitu kejam dan melampau namun saya maafkan mereka yang cuba menjatuhkan saya.
“Apa yang jadi tidak mematahkan semangat untuk teruskan usaha untuk membantu dan membuat kebaikan sampai bila-bila, sampai mati,” katanya kepada media sebaik keluar dari Bukit Aman.

Media tempatan semalam melaporkan seorang pendakwah terkenal dipanggil Bukit Aman bagi memberi keterangan berhubung siasatan berkaitan dakwaan gangguan seksual.
Ianya susulan tular di media sosial mengenai video lucah yang menunjukkan lelaki mirip pendakwah itu.