fbpx
Now Reading
“Ianya Tiada Kaitan Dengan Pembalakan” – Ahli Geologi Kongsi Sudut Pandang Mengenai Tragedi Gunung Jerai

“Ianya Tiada Kaitan Dengan Pembalakan” – Ahli Geologi Kongsi Sudut Pandang Mengenai Tragedi Gunung Jerai

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Fenomena kepala air yang berlaku di puncak Gunung Jerai baru-baru ini benar-benar mengejutkan rakyat Malaysia.

Ia kemudian menyebabkan kadar air sungai meningkat secara mendadak diikuti banjir kilat di kawasan penempatan berhampiran terutama di kawasan tinggi, sehingga menyebabkan kemusnahan harta benda selain meragut beberapa nyawa.

Belum apa-apa, sudah terbit dakwaan di media sosial mengenai punca kejadian tersebut yang dikatakan dari kegiatan manusia antaranya disebabkan aktiviti pembalakan, kuari dan pelbagai lagi.

Tertarik dengan isu ini, seorang oleh ahli geologi profesional, Ahmad Zulqurnain Ghazalli kemudiannya tampil menerusi satu hantaran di akaun Facebooknya bagi memberikan sedikit gambaran dan sudut pandang beliau dari sudut geologi kepada masyarakat.

Jom ikuti perkongsian Ahmad Zulkarnain di bawah :

TRAGEDI GUNUNG JERAI : KAITAN DENGAN GEOLOGI

Tertarik untuk aku cuba menghadami sudut geologi kawasan berlakunya tragedi Gunung Jerai semalam. Aku kira sebagai seorang ahli geologi profesional mungkin aku mampu memberi sedikit input kepada masyarakat.

1. Secara umumnya batuan di Gunung Jerai terdiri daripada Batuan Granite dan Formasi Jerai. Formasi Jerai ni terdiri daripada batu syis dan kuartzit.

2. Sekarang kita lihat kepada geomorfologi kawasan (Rujuk gambar 1). Terdapat morfologi (bentuk muka bumi) di kawasan itu yang menunjukkan ianya merupakan kawasan old dormant landslide.

Bahasa melayunya adalah “Tanah runtuh pendam-lama”. Tanah runtuh yang berlaku lama dah dulu cuma kita dah tak nampak jelas sebab dah dilitupi pokok dan tumbuhan. Untuk kawasan ini hasil hasil desk study sahabat aku P.Geol GS Hairil Azwan di gambar 3 menunjukkan morfologi yang lebih jelas.

3. Sebenarnya bukan pertama kali Old Dormant Landslide menjadi antara punca berlakunya bencana di Malaysia. Umpamanya kes tanah runtuh di Amber Court, Genting Highland. Hasil kajian lapangan pasukan geologist kami di Geoventure Solution Sdn Bhd menujukkan Old Dormant Landslide turut menjadi faktor penyebab tanah runtuh selain daripada faktor-faktor lain.

4. Ramai juga yang tidak tahu sebenarnya banyak lagi lokasi Old Dormant Landslide ni di Malaysia. Bahkan seminggu sebelum mentor aku, Arwah Prof Tajul Anuar Jamaluddin pergi menghadap ilahi. Sempat kami rancak merancang cadangan kajian berkenaan Old Dormant Landslide ini. Di saat bencana geologi sebegini berlaku, pastinya ulasan dari Arwah tersangat dirindui. Al Fatihah buat beliau.

5. Kembali kepada Gunung Jerai. Menarik apabila aku semak nota kuliah Prof. Madya Dr. Kamal Roslan Mohamed (UKM) yang menujukkan di dalam peta semenangnya telah dinyatakan akan kewujudan tanah runtuh di kawasan tragedi. Boleh rujuk gambar 2(dibawah). Yang warna kuning tu merupakan tanah runtuh yang telah dicerap dahulu. Ternyata tanah runtuh ini telah dikesan awal oleh pengkaji terdahulu.

Tidak stabil dari sudut geologi


6. Jadi secara asasnya. Kawasan ni sememangnya tidak stabil dari sudut geologinya.7. Namun pastinya ada faktor pencetus berlakunya kejadian ini. Terlalu ramai yang telah berkongsi di Media Sosial.

Kerana intensiti hujan

Ianya kerana intensiti hujan turun mencurah-curah pada 18hb ogos 2021 yang luar dari kebiasaan. (Rujuk gambar 4 di bawah )


8. Ianya tiada kaitan dengan pembalakan. Elevation di kawasan yang diakatakan tu adalah 120m dari aras laut. Elevation puncak old dormant landslide tu pula adalah 623m dari aras laut. Mana mungkin air naik ke atas bang. Posisi pun berbeza sisi dan lokasi yang jauh. (Rujuk gambar 1)

9. Namun semestinya kajian lebih menyeluruh perlu dilakukan oleh pihak berautoriti. Aku yakin pihak berwajib telah memulakan langkah kajian. Cuma desk study ini sekadar hasil kajian melalui imej satelit dan pembacaan aku.

10. Akhir sekali aku ingin merakamkan ucapan takziah kepada seluruh mangsa. Moga Allah SWT menjadikan asbab ujian ini untuk mengangkat martabat kita orang beriman. Yang mengkaji bumi,P.Geol, Ahmad Zulqurnain GhazalliGeoventure Solution Sdn BhdVisit us at https://www.geoventuresolution.com.my/

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.