fbpx
Now Reading
Rider Rempuh Pagar Rumah, Dipercayai Panik Kerana Dikejar Anjing [Video]

Rider Rempuh Pagar Rumah, Dipercayai Panik Kerana Dikejar Anjing [Video]

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Tidak mudah sebenarnya menjadi seorang rider penghantar makanan. Anda terpaksa merisikokan keselamatan diri dengan berada di atas jalan lebih lama dari orang lain, meredah hujan, panas ribu hanya untuk memastikan makanan yang dipesan tiba ke pelanggan.

Terbaru, seorang rider berdepan detik cemas apabila terlibat kemalangan dan merempuh pagar sebuah rumah dipercayai akibat terlalu panik dalam cubaannya melarikan diri dari dikejar anjing liar disebuah kawasan perumahan.

Menerusi satu rakaman CCTV berdurasi 20 saat yang tular di media sosial, dua orang wanita dipercayai tuan rumah pada mulanya sedang berdiri dan berbual di hadapan sebuah rumah.

Salah seorang dari mereka kemudian menyedari kehadiran motosikal tersebut lalu secara spontan menjerit sebelum kelibat motor tersebut muncul dan merempuh pagar rumah berkenaan hingga mengakibatkan dentuman kuat.

Menerusi video tersebut juga, dapat dilihat bukan hanya motosikal, malahan bahagian badan dan kepala rider tersebut turut terhentak pada pagar berkenaan.

Wanita berkenaan kemudiannya keluar ke pagar dipercayai memarahi dan menghalau anjing berkenaan.

Video tersebut nyata menarik perhatian orang ramai yang khuatirkan keselamatan rider berkenaan.

Ramai berharap dia tidak mengalami kecederaan luaradn dan dalaman yang serius berikutan dari rempuhan yang kuat tersebut.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.