fbpx
Now Reading
Video Wanita Bertutur 3 Bahasa Semasa Bertugas Di PPV Raih Pujian Netizen

Video Wanita Bertutur 3 Bahasa Semasa Bertugas Di PPV Raih Pujian Netizen

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Pada era globalisasi ini, kemahiran berkomunikasi dalam pelbagai bahasa merupakan satu kelebihan kepada seseorang.

Dengan adanya kebolehan ini, anda bukan sahaja mudah pendapat peluang pekerjaan, malah komunikasi anda dengan orang luar juga pasti semakin mudah.

Itulah kelebihan yang miliki seorang petugas Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Bukit Jalil,  Ain Syawani apabila dia mampu bertutur menggunakan 3 bahasa asing iaitu bahasa Urdu, Nepal dan Burma.

Menerusi Twitter, Ain telah memuat naik beberapa video memperlihatkan dia berkomunikasi dengan beberapa penerima vaksin warga aasing.

Jelas menerusi video tersebut dia mampu memahami apa yang dikatakan mereka malah mereka sendiri faham apa yang dituturkannya.

Kemahiran yang Ain miliki sekaligus memudahkan memudahkan warga asing dalam mendapatkan vaksin di sana memandangkan PPV Bukit Jalil sememangnya menjadi destinasi warga asing untuk mendapatkan vaksinasi secara walk-in

Baru sahaja belajar bahasa tersebut

Yang menarikya, kesemua bahasa ini dipelajari Ain hanya dalam tempoh sehari dan bukan menerusi kelas formal sebalikya menerusi penerima vaksin warga asing yang ditemui di PPV.

“Saya belajar bahasa-bahasa ini menerusi penerima vaksin warga asing yang datang ke kaunter saya.

Sekiranya seseorang fasih dalam bahasa inggeri atau bahasa malaysia, saya akan ambil peluang minta mereka mengajar saya bahasa mereka atau perkataaan yang saya perlu tahu.

Dan dalam sehari sahaja saya sudah boleh bertutur kerana saya bertemu ramai dari penerima vaksin dari negara yang sama ” katanya kepada Buzzkini.

Usahanya itu kini nyata membuahkan hasil apabila dia sedikit sebanyak sudah mampu berkomunikasi dengan mereka baik warga asing dari India, Bangladesh, Nepal, Burma dan banyak lagi.

Malah usahanya itu turut menggembirakan mereka memanangkan ramai di kalangan warga asing dinegara kita memang diketahui kurang berkemahiran berkomunikasi didalam bahasa melayu mahupun inggeris.

Raih pujian netizen

Perkongsian Ain nyata meraih pujian netizen yang menyifatkan dia telah membantu memudahkan urusan warga asing disana.

Malah ramai berpendapat usaha kecilnya itu pasti dapat menghiburkan warga asing yang mengambil vaksinasi di sana.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.