Now Reading
5 Perkara Menarik Tentang PM ke-9, Ismail Sabri Yang Mungkin Anda Tidak Tahu

5 Perkara Menarik Tentang PM ke-9, Ismail Sabri Yang Mungkin Anda Tidak Tahu

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebentar tadi sah menjadi Perdana Menteri kesembilan Malaysia sebaik selesai mengangkat sumpah di Balai Singgahsana Kecil, di Istana Negara, pukul 2.30 petang tadi.  

Pada majlis tersebut, Ahli Parlimen Bera itu membacakan sumpah simpan rahsia di hadapan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Merupakan Naib Presiden Umno, anak kelahiran Temerloh, Pahang itu mula menyertai jemaah menteri sejak 2008 di Era Perdana Menteri ke-5, Tun Abdulah Haji Ahmad Badawi sebagai Menteri Belia dan Sukan sebelum mengetuai beberapa kementerian sehinggalah dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri.

Namun semua info ini kami yakin sudah cukup diketahui ramai anda diluar, jadi apa kata kami kongsikan 5 perkara yang munkgin anda terlepas pandang tentang PM ke-9 kita ini.

#1 Seorang pencinta makanan tempatan

Ismail Sabri seorang pencinta makanan khususnya makanan tempatan. Begitu menggemari masakan seperti singgang, nasi kerabu, patin tempoyak, dan nasi dagang. Selain itu beliau juga peminat gulai kawah, ulam-ulaman, serta ikan masin.

Mereka yang mengikuti PM ke-9 ini di akaun media sosialnya dari dahulu pasti tahu yang beliau banyak banyak berkongsi tentang makanan tempatan di akaun media sosialnya.

Bukan itu sahaja, beliau sememangnya sinonim dengan makanan apabila kerap berkongsi foto review makanan yang dicubanya selain kerap kali dilihat cuba memasak atau menyediakan sesuatu juadah bila menyerta apa-apa acara.

Bak kata Ismail Sabri : ” Masak level ‘chef’ tu tak adalah, tapi boleh la untuk bantu isteri saya di dapur”

#2 Seorang peminat bola sepak & penyokong Chelsea

Siapa sangka PM ke-9 kita ini sebenarnya seorang peminat bola sepak. Beliau juga merupakan penyokong tegar kelab pasukan bola sepak Chelsea.

Malah beliau sebelum ini tidak pernah merahsiakan pasukan yang beliau sukai malah berbangga menyokong The Blues.

Antar posting lama beliau pada tahun 2014 berbunyi : “Nama saya Ismail Sabri Yaakob. Saya penyokong Chelsea Football Club.

#3 Mempunyai bakat menyanyi & hobi adalah menyanyi

Sama seperti anaknya penyanyi, Dafi, Ismail Sabri juga mempunyai bakat menyanyi malah hobinya adalah menyanyi.

Sangat meminati penyanyi Bee Gees, Eric Clapton dan Michael Bubble. Untuk penyanyi tempatan pula beliau meminat Datuk Jamal Abdillah, Hael Husaini malah Dafi sendiri.

Tengok video atas, santai je menyanyi lagu Jampi bersama Hael Husaini.

#4 Seorang pencinta kucing

Kami yakin semua tahu Ismail Sabri seorang atuk yang penyayang dan begitu manjakan cucunya, Jeanelle Nika Mandagie. Malah beliau kerap berkongsi aktivitinya bersama cucu kesayangannya itu.

Namun selain dari itu, beliau juga sebenarnya seorang penggemar kucing, malah mempunyai beberapa kucing belaan di rumah. Mereka yang mengikuti Ismail Sabri di media sosial pasti tahu dia dari dahulu banyak berkongsi tentang kucing di akaun instagramnya.

Bukan setakat si Oyen yang tengah tular, beliau juga banyak berkongsi mengenai kucing-kucing lain yang digelarnya sebagai ‘peneman’ dan penghiburnya jika berseorangan di rumah.

#5 Suka mencuba sesuatu yang baru dan seorang adventurous

Tentang fesyen dan keberanian beliau menggunakan warna yang pelbagai, kami rasa semua sudah cukup tahu, malahan beliau pernah tular ekoran dari gaya-gaya bajunya yang ‘dikuihkan’ oleh netizen. Manakan tidak, gaya dan pakaiannya dijaga oleh menantunya iaitu pereka terkenal, Datuk Jovian.

Namun Ismail Sabri juga seorang yang begitu adventurous dan suka mencuba sesuatu yang baru.

© 2021 BuzzKini. All Rights Reserved.