fbpx
Now Reading
Dron Ciptaan Pelajar UTeM Menang Pingat Emas Di WiCO 2021, Korea Selatan

Dron Ciptaan Pelajar UTeM Menang Pingat Emas Di WiCO 2021, Korea Selatan

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Dron rekaan empat mahasiswa Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM)  berjaya memenangi pingat emas pada World Invention Creativity Olympics (WICO) 2021 yang berlangsung di Seoul baru-baru ini.

Mereka yang menghantar satu pasukan terdiri daripada empat pelajar Iqbal Hakimi Mohammad Feirdaus, Nurul Khalida Kasim, Aqil Haikal Jalalus Sayuti dan Muhammad Haziq Mohd Hamizat sambil turut diiringi tiga mentor, Dr Juffrizal Karjanto, Ir. Dr. Fudhail Abdul Munir dan Dr. Nidzamuddin Md. Yusof.

Berita kemenangan mereka dikongsikan UTeM menerusi satu hantaran di Facebook rasmi mereka.

Difahamkan kumpulan mahasiswa ini terdiri dari pelajar dari Fakulti Kejuruteraan Mekanikal (FKM), Fakulti Kejuruteraan Elektronik dan Kejuruteraan Komputer, Fakulti Teknologi Maklumat dan Komunikasi yang turut diselia oleh dua pensyarah kanan FKM.

Menurut Dr Juffrizal Karjanto, yang juga Pensyarah Kanan Fakulti Kejuruteraan Mekanikal (FKM) merangkap Ketua Mentor Projek, dron tersebut, Hybrid Vertically Take-Off and Landing Unmanned Aerial Vehicle disiapkan secara berperingkat sejak awal tahun lepas hingga pertengahan tahun ini dengan pembangunannya masih dilakukan secara berterusan sehingga kini.

“Antara kelebihan produk tersebut ialah ia dibangunkan dengan kos efektif dan berkeupayaan dikomersialkan di peringkat tempatan dan antarabangsa bagi kegunaan pengawasan, pencarian dan penghantaran ke kawasan yang terbuka serta ruangan sempit.

“Dron tersebut telah diuji oleh Persatuan Aktivis UAV Dron Malaysia (MUDAS) dan ia mempunyai kelajuan hingga 50 kilometer sejam di samping berkeupayaan terbang lebih daripada 80 kaki (24.3 meter) dan mempunyai waktu penerbangan sehingga dua jam tanpa pengecasan semula,” katanya dipetik dari Bernama.

Tahniah kami ucapkan kepada pasukan mahasiswa ini. Mereka bukan sahaja membanggakan UTem malahan turut membanggakan kami rakyat Malaysia.

Tonton video mereka disini :

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.