fbpx

Fenomena Hujan Di Puncak Greenland Yang Pertama Kali Berlaku, Beri Petanda Kurang Baik – Saintis

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Minggu lepas, buat pertama kalinya dalam sejarah, hujan dilaporkan turun di puncak tertinggi litupan ais di Greendland.

Difahamkan hujan yang turut di puncak berketinggian 3,216 meter itu pada 14 Ogos bukan lah sekejap sebaliknya selama beberapa jam.

Situasi tersebut yang julung-julung kali terjadi mencetus petanda yang membimbangkan di kalangan ahli sains iaitu kemungkinan lapisan ais yang akan mencair pada kadar pantas.

Menurut Reuters, perkara tersebut didedahkan sekumpulan saintis dari US National Science Foundation pada Jumaat lalu namun mereka gagal mengukur jumlahnya kerana fenomena itu berlaku di luar jangkaan.

Fenomena tersebut juga berlaku sewaktu suhu di beberapa tempat adalah lebih tinggi dari biasa sekaligus menyebabkan pencairan di banyak lokasi di Greenland yang mana saiz kawasan terlibat adalah empat kali lebih luas berbanding saiz United Kingdom.

Selain taburan hujan yang turun juga akan menyebabkan air dipermukaan lebih hangat berbanding salji, malah menyebabkan ia menjadi lebih gelap, ini menyebabkan ia lebih mudah menyerap lebih banyak cahaya matahari berbanding memantulkannya kembali.

“Itu bukan tanda yang baik untuk kawasan yang selaputi ais. Air yang jatuh ke atas ais adalah berita buruk. Ia menjadikan permukaan lapisan ais itu lebih cenderung untuk mencair,” kata Indrani Das, pakar glasiologi dari Lamont-Doherty Earth Observatory, Universiti Columbia.

Jelasnya lagi, kesan ais yang mencair itu akan mengalir ke laut, seterusnya mengakibatkan paras air laut meningkat.

Secara keseluruhan, sebanyak tujuh bilion tan hujan turun di seluruh Greenland bagi tempoh tiga hari bermula dari 14 Ogos lepas, dimana ia merupakan rekod tertinggi yang pernah dicatatkan sejak 1950.

Ia seolah satu tanda amaran tentang kesan perubahan iklim yang menjejaskan litupan ais di Greenland.

Foto : Reuters


Dalam pada itu, The Guardian melaporkan paras laut global boleh meningkat sebanyak kira-kira enam meter sekiranya semua ais di Greenland cair, meskipun proses itu akan mengambil masa selama beratus-ratus tahun untuk berlaku.

Namun paras air luar sebenarnya sudahpun meningkat ekoran beberapa trilion tan ais yang telah hilang dari Greenland sejak 1994.

Keadaan ini sebenarnya boleh membahayakan bandar-bandar pinggir pantai di seluruh dunia antaranya Mumbai, New York dan Amsterdam seperti yang dilaporkan rangkaian televisyen NBC News.

Foto header : Pinterest

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.