fbpx
Now Reading
Tular Isu Anggota Tentera Dipecat Selepas Tolak Vaksin, Ini Respon Tentera Darat Malaysia

Tular Isu Anggota Tentera Dipecat Selepas Tolak Vaksin, Ini Respon Tentera Darat Malaysia

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Sejak tengahari tadi tular di media sosial isu seorang anggota tentera berpangkat sarjan yang mendakwa telah diberhentikan secara tidak hormat atas alasan dia menolak arahan untuk menerima vaksin Covid-19 pada 7 Julai lalu.

Mula dilaporkan oleh portal FMT, kisah mengenai Wan Ramly Wan Seman,39 kemudian mula menjadi perhatian beberapa lagi portal digital hingga menjadi sohor di laman Facebook dan juga Twitter.

Difahamkan Sarjan Wan Ramly dari Batalion ke-24 Rejimen Askar Melayu Diraja yang berpangkalan di Kem Rasah, Negeri Sembilah juga bakal kehilangan pencen yang layak diterimanya dalam tempoh 16 bulan lagi memandangkan tarikh penamatan perkhidmatannya adalah pada 21 Januari 2023.

Guna hak tolak vaksinasi

Menurut Wan Ramly, arahan kerajaan yang tidak mewajibkan vaksin trmasuk kepada petugas barisan hadapan menyebabkan Ramly memilih untuk menggunakan haknya sama seperti semua orang.

“Saya amat kecewa kerana selepas hampir 20 tahun berkhidmat kepada negara tanpa sebarang rekod disiplin, saya dipecat secara tidak terhormat. Saya masih percaya bahawa saya berhak menolak vaksin kerana kerajaan tidak mewajibkannya,” katanya.

Foto : Kosmo

“Anggota tentera wajib di vaksin” – Tentera Darat Malaysia

Terbaharu Tentera Darat Malaysia (TDM) menerusi satu kenyataan yang dikeluarkan Sel Perhubungan Raya Tentera Darat memaklumkan setiap anggota TDM adalah diwajibkan untuk mengambil vaksin terutamanya sebelum melaksanakan sesuatu penugasan.

Namun ianya dikecualikan kepada mereka yang tergolong di dalam kumpulan yang tidak layak untuk menerima vaksin.

Jelas mereka ia bertujuan mengekang penularan yang mungkin akan berlaku b ukan sahaja dikalangan anggota TDM, malah boleh menjangkiti keluarga anggota TDM dan masyarakat keseluruhannya.

“Sebagai anggota TDM, pengambilan suntikan vaksin adalah diwajibkan terutamanya sebelum melaksanakan sesuatu penugasan, kecuali kepada mereka yang tergolong di dalam kumpulan yang tidak layak untuk menerima vaksin.

Tindakan tatatertib boleh diambil jika anggota ingkar atau enggan

“Tindakan seseorang anggota tentera yang ingkar atau enggan untuk menerima vaksin, boleh menyebabkan mereka dikenakan tindakan tatatertib kerana ingkar perintah atau melanggar perintah tetap.

“Pengambilan vaksin di dalam kalangan anggota TDM diwajibkan atas dasar anggota TDM hidup secara berkelompok. Selain itu, peranan dan tanggungjawab TDM kini sebagai petugas barisan hadapan dalam melaksanakan penugasan mahupun latihan, turut berdepan dengan kebolehjangkitan COVID-19” tulis kenyataan tersebut.

 Selain itu ia juga bertujuan mendokong hasrat dan aspirasi kerajaan untuk mencapai imuniti kelompok, seterusnya memutuskan rangkaian penularan COVID-19 di negara ini.

“Sehubungan itu, adalah wajar untuk kesemua anggota TDM mengambil vaksin bagi mengekang penularan yang bukan sahaja akan berlaku dalam kalangan anggota TDM, bahkan boleh menjangkiti keluarga anggota TDM dan masyarakat keseluruhannya.

“Setiap anggota TDM hendaklah mematuhi dan menuruti perintah yang telah dikeluarkan, bagi menentukan misi/kesiapsiagaan organisasi tercapai” tulis kenyatan itu lagi.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.