Wanita Buat Eksperimen Sosial, Bangga ‘Dine-in’ Di Kedai Siap Bawa Anak Tanpa Sijil Vaksinasi

Sejak semalam tular di media sosial tangkap layar seorang pengguna Facebook yang dipercayai seoarang antivaksin yang ‘selamba’ melakukan sosial ekperimen selama beberapa hari dengan memasuki beberapa premis tanpa menunjukkan sijil digital vaksin.

Meskipun bukan isu besar untuk sesiapa pergi ke pasaraya atau kedai serbaneka 24 jam seperti 99 speedmart dan 711 kerana mereka bukanlah positif Covid-19 ataupun sedang menjalani kuarantin, namun wanita ini dikecam hebat gara-gara tindakannya makan di restoran atau melakukan dine-in sedangkan tidak mempunyai sijil digital vaksin.

Malah dia dengan bangganya berkongsi ‘aktivitinya’ itu kepada khalayak dengan memuatnaik perkongsian tersebut di akaun Facebooknya sehingga pengguna Facebook lain berjaya melakukan tangkap layar menyebabkan ianya tular.

Jelasnya tujuan dia membuat sosial eksperiment tersebut adalah untuk menguji adakah individu yang menolak vaksin akan dilarang masuk ke mana-mana premis seperti yang khabarkan orang ramai.

Saja nak test.. bukan setakat gerai, pasaraya , kedai 24 jam semua kedai saya masuk

Mengaku suami potong rambut tanpa sijil vaksinasi

Bukan itu sahaja, suaminya turut melakukan perkara sama apabila ‘meredah’ ke kedai gunting rambut tanpa sijil vaksinasi.

Meskipun beberapa percubaannya gagal, dia akhirnya dibenarkan masuk oleh sebuah kedai yang langsung tidak bertanyakan tentang sijil vaksinasinya.

Berjaya dine-in dengan muka ‘yakin’

“Dan pagi tadi alang-alang berbasikal satu keluarga, kami buat sosial eksperimen lagi. nak tahu kena halau ke tidak kalau masuk dine-in kat restoran ini. Sebab tengok ramai je duduk dine-in kat situ.

“So kami masuk dengan selamba, buat muka confident acah-acah dah complete 3 dos giteww. Duduk, makan minum, blah. Sorang pun tak tanya, sorang pun tak check. Alhamdulillah. Allah bagi mudah,” Katanya.

Tambahnya lagi tanggapan orang ramai bahawa orang yang belum lengkap 2 dos tidak boleh dine adalah salah kerana dia berjaya membuktikannya/

“Jadi siapa kata tak cucuk 2 dos tak leh dine-in? Tanpa 2dos pun kami dah selamat dine-in pagi ini. Apa yang mustahil? Tiada” tulisnya lagi.

Dia dalam masa sama turut berkongsi foto dirinya sekeluarga dipercayai sewaktu sedang makan di restoran berkenaan.

Perkongsian tersebut nyata menaikkan kemarahan netizen apabila dia secara terang-terangan telah melanggar SOP yang ditetapkan oleh kerajaan malah merisikokan nyawa anak-anaknya.

Meskipun tidak jelas adakah wanita ini seorang antivaksin kerana dia hanya menggunakan ayat tidak cukup 2dos, ramai berpendapat dia adalah seorang antivaksin.

Dia bagaimanapun sudah membuat posting tersebut malahan menutup akaun Facebookny selepas teruk dikecam di Facebook, Twitter dan lain-lain.

Recent Posts

  • News
  • Trending

Mahkamah Persekutuan Tolak Rayuan, Kekal Status Islam Seorang Wanita

Wanita itu sebelum ini berjaya mendapat pengisytiharan bahawa dia bukan beragama Islam setelah memfailkan saman…

22 hours ago
  • Trending

Kedudukan Malaysia Merosot Dalam Indeks Kebebasan Media, Bukan Lagi Nombor 1 Di ASEAN

Prestasi Malaysia dalam Indeks Kebebasan Media Dunia 2024 menunjukkan penurunan dari 62.83 mata kepada 52.07…

23 hours ago
  • Trending

“Seumpama Penzina” – Ustaz Jafri Tegur Wanita Pakai Minyak Wangi Untuk Tarik Perhatian Lelaki [Video]

Menerusi tangkap layar dikongsi pendakwah bebas itu, kelihatan seorang perempuan berjalan bersebelahan sekumpulan lelaki bagi…

23 hours ago
  • Trending

“Macamtu Je Member Kau Cabut” – Tular Lelaki Lari Lintang Pukang Dikejar Polis Di Klang [Video]

Menurut KPD Klang Utara, kedua-dua mereka bukan warganegara, tetapi mempunyai dokumen perjalanan yang sah.

23 hours ago
  • Hiburan
  • Trending

“Saya Tak Dapat Jawapan Itu” – Aliff Aziz Tidak Tahu Kenapa Selalu Curang [Video]

Menerusi video podcast tersebut, Aliff yang juga pelakon itu mengakui perlukan bantuan daripada pihak lain…

1 day ago
  • Trending

“Risau Dicuri” – Lecturer Benarkan Pelajar Letak Basikal Dalam Kelas Raih Pujian Ramai [Video]

Pensyarah itu juga dilihat membantu membukakan pintu agar pelajar terbabit dapat menolak masuk basikalnya ke…

1 day ago