fbpx
Now Reading
Isu Dakwaan Taufik Hidayat Pernah Ditawar RM117,000 Oleh Pegawai Malaysia, Ini Respon Chong Wei

Isu Dakwaan Taufik Hidayat Pernah Ditawar RM117,000 Oleh Pegawai Malaysia, Ini Respon Chong Wei

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Dunia badminton baru-baru ini dikejutkan dengan pendedahan bekas jaguh badminton Indonesia, Taufik Hidayat yang mendakwa dia pernah ditawarkan wang pada Sukan Asia Doha 2006 untuk kalah kepada lagenda badminton Malaysia, Datuk Lee Chong Wei.

Taufik, yang muncul juara di temasya itu, menerusi satu temuramah bersama pelakon dan pengacara, Raffi Ahmad di TV TRANS  yang turut ditayangkan di Youtube mendakwa dia ditawarkan ganjaran RM 400 juta rupiah (RM117,000) oleh seorang pegawai dari Malaysia untuk tewas  dalam pertandingan separuh akhir ketika bertemu Lee Chong Wei.

Jelas Taufik, amaun yang ditawarkan kepadanya ialah amaun berganda daripada 200 juta rupiah (RM60,000) yang ditawarkan kerajaan Indonesia sekiranya dia memenangi saingan tersebut.

“Seorang pengurus datang dan meminta nombor telefon, kami akhirnya bertemu.

“Ketika ditanya apa tujuan berjumpa, dia berkata ‘bisakah kamu kalah dengan Lee Chong Wei?’ Itu sahaja,” kata Taufik kepada Raffi.

Chong Wei terus hubungi Taufik

Datuk Lee Chong Wei yang terkejut sebaik mengetahui perkara tersebut dari orang ramai, kemudiannya terus menghubungi Taufik yang juga sahabat rapatnya.

Taufik menerusi perbualan tersebut udahpun mendedahkan nama individu berkenaan kepada rakannya itu.

“Sejujurnya saya tak tahu mengenai perkara ini. Saya terkejut apabila orang ramai mula menghubungi saya.

“Taufik adalah sahabat saya, jadi saya terus menghubunginya. Dia memberitahu saya apa yang berlaku.

“Syukur untuk orang seperti Taufik dan saya, mewakili negara sentiasa menjadi keutamaan” kata Chong Wei lagi.


Memilih untuk tidak dedahkan nama

Namun sama seperti Taufik, dia juga memilih untuk tidak mendedahkan nama pegawai tersebut yang difahamkan juga seorang bekas pemain kebangsaaan memandangkan perkara tersebut sudah lama berlaku.

“Saya tahu siapa individu itu tetapi perkara ini sudah berlaku sejak sekian lama. Saya percaya kita harus terus pandang ke depan.

“Saya tidak mahu menyebut nama atau memalukan sesiapa sahaja,” kata Chong Wei dipetik dari New Straits Time.

Chong Wei dalam masa sama tidak berselindung ,dimana dia mengakui pernah dipelawa sogokan sama oleh pegawai luar negara malah ia turut berlaku sewaktu dia kemuncak kareernya.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.