fbpx
Now Reading
Pernah Tular Siap & Temankan Suami Bernikah, Kali Ini Wanita Ini Temankan Suami Bercerai Pula

Pernah Tular Siap & Temankan Suami Bernikah, Kali Ini Wanita Ini Temankan Suami Bercerai Pula

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Jika anda ingat sekitar September tahun lalu, kami ada berkongsi tentang kisah tular seorang wanita yang bukan sekadar membenarkan suaminya berkahwin lain malahan dia sendiri menyiapkan dan menemani suaminya ke majlis pernikahan serta majlis persandingan.

Perkongsian tersebut yang dikongsikan sendiri oleh Syiela Rashid menjadi perbualan hangat netizen dimana rata-rata kagum dengan keputusan yang dilakukannya walhal dia sebenarnya  sedang menyambut kehadiran orang baru dalam rumah tangganya bersama suami.

Namun siapa sangka, tidak sampai setahun suami dan madunya disatukan, Syiela memaklumkan yang mereka sudahpun berpisah.

Perkara itu dikongsikan sendiri oleh Syiela menerusi satu perkongsian di akaun Facebooknya.

Hari tu teman kanda pi menikah, hari ni teman kanda pi bercerai

Menerusi perkongsian tersebut, wanita berkenaan dilihat cuba menyampaikan mesej menyokong suaminya walau apa pun yang terjadi.

“Apa-apa pun, tak mengapa. Ia adalah proses, akak tetap akak, siapa pun datang dan pergi, tak penting.

Datang tidak dipinta, pergi tidak dihalau, ambil tanggungjawab atas pilihan yang kita sendiri buat” tulisnya di Facebook.

Siap buat video TikTok

Dia menerusi satu perkongsian turut memuat naik satu video TikTok sewaktu menemani suaminya menguruskan penceraian berkenaan dipercayai di mahkamah syariah.

Bekas madu sahkan sudah berpisah

Hasil carian kami, madunya yang dikenali dengan nama Ain turut mengesahkan perkara berkenaan dengan memuat naik satu kenyataan memaklumkan yang dia sudah berpisah pada hari ini.

Menerusi perkongsian tersebut, dia turut mengakui sudah 2 bulan tidak sebumbung dengan bekas suamiya itu.

Dia menerusi perkongsian tersebut turut meminta bekas suaminya atau belah disana untuk berkongsi apa-apa lagi gambar mereka bersama atau foto perkahwinan yan glalu,

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.