Now Reading
Rayuan Berjaya, Hukuman Penjara 13 Bulan Farid Kamil Diganti Denda RM5,500

Rayuan Berjaya, Hukuman Penjara 13 Bulan Farid Kamil Diganti Denda RM5,500

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Jika anda ingat sekitar Jun tahun lalu, pelakon dan pengarah, Farid Kamil,40 telah dijatuhkan hukuman 13 bulan penjara atas kesalahan menggunakan kekerasan jenayah serta mengeluarkan perkataan tidak sopan terhadap seorang anggota polis dan penjara empat bulan bagi pertuduhan mengeluarkan perkataan tidak sopan

Majistret Nor Ariffin Hisham ketika menjatuhkan hukuman memerintahkan ianya dijalankan secara serentak namun membenarkan Farid Kamil menangguhkan pelaksanaan hukuman itu dengan jaminan RM10,000 dengan seorang penjamin, sementara peguamnya memfailkan rayuan.

Terbaharu Free Malaysia Today melaporkan Mahkamah Tinggi Shah Alam semalam, telah mengarahkan hukuman hukuman penjara 13 bulan itu digantikan kepada denda RM5,000 manakala hukuman penjara empat bulan digantikan dengan denda RM500.

Foto : Arkib Kosmo

Pesuruhjaya Kehakiman Nurulhuda Nur’aini Mohamad Nor membuat keputusan itu selepas membenarkan rayuan Farid terhadap hukuman tersebut.

Menurutnya, ia mengambil kira perayu telah membayar pampasan dalam bentuk kompaun kepada dua pihak, termasuk anggota polis terbabit.

Tambahnya lagi, Farid juga sudah menyesal dengan perbuatan yang dilakukan dan memohon maaf ketika perbicaraan berlangsung.

Farid yang diwakili peguam Kee Wei Lon dan Low Wei Loke kemudian telah membayar denda itu.

© 2021 BuzzKini. All Rights Reserved.