
Airbnb Sedia Penginapan Percuma Buat 20,000 Pelarian Afghanistan
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Umum mengetahui konflik yang sedang berlaku di Afghanistan ekoran kejayaan tentera Taliban menguasai Kabul dan hampir keseluruhan negara Afhanistan tidak sampai 10 hari pertempuran dengan askar kerajaan Afghanistan.
Kejayaan mereka sekaligus menyebabkan puluhan ribu rakyat Afghanistan cuba melarikan diri hingga mengakibatkan kesesakan teruk di lapangan terbang Kabul malah turut mengorbankan beberapa nyawa,

Menerusi laporan CNBC, Rumah Putih semalam mendedahkan mereka sudah berjaya membawa keluar lebih kurang 69,0000 penduduk disana dimana 58,700 dari jumlah tersebut adalah sejak 14 Ogos lalu.

Airbnb tawar rumah percuma di seluruh dunia
Terbaharu, syarikat hospitaliti ternama dunia, Airbn menawarkan inisiatif perumahan secara percuma buat 20,000 dari pelarian Afghanistan yang terlibat di seluruh dunia,
Perkara itu diumumkan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) mereka, Brian Chesky menerusi satu perkongsian di akaun Twitter miliknya.
Namun usaha ini menurut mereka akan turut melibatkan NGO, rakan kongsi serta cabang syarikat yang bukan berasaskan keuntungan, iaitu Airbnb.org, yang terkenal dengan menyediakan tempat tinggal kepada golongan terkesan akibat bencana alam dan krisis-krisis lain.

“Bermula hari ini, Airbnb akan mula menyediakan rumah secara percuma buat 20,000 pelarian Afghanistn di seluruh dunia.
“Untuk merealisasikan perkara ini kami akan bekerjasama dengan Airbnb.org, NGO dan juga rakan kongsi di lapangan.
Brian dalam masa sama turut memohon orang ramai yang sudi menawarkan penginapan mereka kepada pelarian untuk menghubunginya
“Jika anda sanggup menumpangkan kelaurga pelarian, tampil kehadapan dan saya akan hubungkan anda dengan orang yang betul untuk merealisasikannya.
“Perpindahan secara terpaksa dan penempatan semula pelarian Afghan di Amerika Syarikat serta negara lain merupakan salah satu krisis kemanusiaan terbesar pada zaman ini” katanya lagi.
Namun Brian menerusi kenyataan tersebut tidak mengulas lebih lanjut mengenai jumlah peruntukan dan tempoh berapa lama inisiatif tersebut akan berjalan.
Foto header : BBC