fbpx

“We Love Your Outfits Malaysia” – Busana Ala Pahlawan Kontinjen Paralimpik Negara Curi Tumpuan Dunia

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Jika sebelum ini busana kontinjen Olimpik Malaysia mencuri tumpuan dunia, kini giliran busana ala-ala pahlawan kontinjen Paralimpik Malaysia pula menaik perhatian dunia.

Diinspirasi dari persalinan Laksamana Hang Tuah namun dengan idea segar selain penggunaan Jalur Gemilang sebagai warna utama untuk busana lelaki manakala busana wanita lengkap berdokoh  dan selendang, kelibat kontinjen negara sewaktu pembukaan turut mendapat pujian dari penganjur Paralimpik Tokyo sendiri.

Mereka menerusi akaun Twitter rasmi Olimpik dan Paralimpik Tokyo kemudiannya memuat naik satu perkongsian memuji busana yang disarungkan kontinjen negara sewaktu acara pembukaaan berkenaan.

“Aiyo, kami hanya mahukan alasan untuk menggunakan ayat itu. Kami sangat sukakan pakaian Malaysia” ciap akaun rasmi penganjur

Perkongsian tersebut nyata menarik perhatian pengguna Twitter yang turut memuji busana mereka.

Ramai yang turut mengambil kesempatan mendoakan kejayaan mereka untuk temasya kali ini.

Difahamkan bagi temasya Sukan Paralimpik kali ini, seramai 22 atlet dari sembilan jenis sukan akan menggalas cabaran negara bermula dari 24 Ogos hingga 5 September ini.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.