fbpx
Now Reading
7 Bulan Jalani Latihan Perundangan, Lan Pet Pet Kini Bergelar Pembantu Peguam

7 Bulan Jalani Latihan Perundangan, Lan Pet Pet Kini Bergelar Pembantu Peguam

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Siapa sangka dek kerana minat yang mendalam terhadap bidang perundangan sejak menonton filem Hollywood dan Bollywood terutama berkaitan hujah-hujah peguam di mahkamah, pelawak terkenal, Lan Pet Pet mengubah haluannya dengan menjadi seorang pembantu peguam di firma  Aswandi Hashim & Co di Alor Setar.

Namun peralihan kareer tersebut bukanlah satu tugas mudah sebaliknya, Lan Pet Pet atau nama betulnya, Mazlan Ahmad, 52, terpaksa mendalami ilmu perundangan selama tujuh bulan antaranya mempelajari etika berpakaian, bercakap dan juga ketika berada di dalam kamar mahkamah.

Namun dia menjadi lebih kuat dan tekad memandangkan peluang untuk golongan artis mencari pendapatan ketika ini adalah sedikit sukar ekoran dari pelaksanaan perintah kawalan pergerakan (PKP).

7 bulan yang unik

Foto : Kosmo

Akhirnya selepas tujuh bulan mendalami dan berlatih, Lan menjelaskan, dia kini sudah lulus untuk memulakan tugasnya sebagai pembantu khas syarikat guaman.

“Sebelum ini, saya banyak menonton filem terutama Bollywood yang menyiarkan kisah kehidupan atau berkaitan peguam di mahkamah dan ini membuatkan saya tertarik mememgang watak peguam sekira mendapat tawaran.

“Tempoh tujuh bulan ini bagi saya cukup unik. Sepanjang tempoh itu, saya menjalani latihan di Firma Guaman AHC milik Aswandi dan di situlah saya mula belajar mengenai perkara-perkara asas termasuk etika bercakap dengan orang awam, berpakaian serta memahami situasi dalam mahkamah.

Tak berhasrat tinggalkan bidang seni

Foto : Utusan

Namun menurut Lan, dia sama sekali tidak akan meninggalkan bidang seni sebaliknya akan cuba membahagikan masa untuk terus terlibat dengan dunia penggambaran selepas ini.

Malah dia juga bersedia untuk memegang karakter sebagai peguam dalam sebarang drama atau filem jika menerima peluang pada masa depan.

“Orang mungkin kata saya ‘rempang’ (gila-gila) dan keloloh apabila melihat saya. Namun jika diberi karakter serius seperti peguam ketika melakukan penggambaran, insyaAllah saya boleh lakukan,” katanya.

Berkawan dengan peguam Aswandi dari kecil

Malah menurut peguam, Peguam Datuk Dr Aswandi Hashim berkata, tempoh tujuh bulan yang diberikan untuk Lan digunakan sebaiknya oleh pelakon dan pelawak tersebut.

Tambah Aswandi lagi, mereka berdua sebenarnya adalah sahabat sejak kecil namun terpisah sejak 25 tahun lalu disebabkan sibuk dengan kerjaya masing-masing.

“Pada peringkat ini, Mazlan dianggap sudah lulus, namun saya memberikannya kontrak setahun buat dia untuk lebih mendalami selok belok undang-undang.

“Mazlan memberitahu dia memang minat dengan undang-undang, namun tidak menemui orang sesuai untuk mengajarnya dan disebabkan itu saya memintanya menjalani latihan terlebih dahulu selama tujuh bulan,” katanya.

Lan ditemui pemberita ketika mengiringi Aswandi mengendalikan satu kes di Mahkamah Majistret Alor Setar semalam.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.