fbpx
Now Reading
“Kalau Aming Sudah Tiada, Mama Jaga Diri Baik-Baik” – Video Nasihat Adik Aming Pada Ibunya Buat Ramai Sebak

“Kalau Aming Sudah Tiada, Mama Jaga Diri Baik-Baik” – Video Nasihat Adik Aming Pada Ibunya Buat Ramai Sebak

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Pagi ini pengguna media sosial dikejutkan dengan pemergian kanak-kanak tular, Adik Aming yang petah dalam memberikan nasihat dalam dialog Sabah.

Allahyarham adik Aming atau nama betulnya Muhammad Aming Salleh Abdullah, 8 tahun disahkan meninggal dunia selepas mengalami sesak nafas kira-kira jam 1.30 pagi tadi, di kediamannya di Tawau, Sabah.

Berita pemergian Aming turut mendapat perhatian Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang tampil menzahirkan ucapan takziahnya di akaun Intagram.

Terbaru tular di aplikasi TikTok satu video memperlihatkan adik Aming sedang menasihati ibunya, Santi.

Mula dimuat naik seorang pengguna, @Ellah Cassandraas video tersebut pantas mendapat perhatian ramai yang masih lagi terkejut dengan pemergian arwah.

Namun apa yang menyedihkan orang ramai adalah ayat yang digunakan Aming seolah memberi bayangan yang dia akan meninggalkan ibu dan keluarganya.

@ellah_cassandraas

Al fatihah Adek aming 🥺

♬ original sound – Ellah cassandraas

Dia dalam masa sama turut menasihatkan ibunya untuk berbuat kebaikan supaya mendapat pengakhiran yang baik.

“Kalau Aming sudah tiada, mama boleh jaga diri mama baik-baik.

“Ingat Aming punya pesan, jangan mahu tambah-tambah dosa, tidak bagus. Kalau mahu tambah dosa kita masuk neraka.

“Tidak ada seorang anak yang mahu emaknya masuk neraka. Aming nasihat mama sebab Aming sayang betul pada mama.” kata arwah kepada ibunya lagi.

Perkongsian tersebut nyata membuatkan ramai sebak dan tidak mampu mengawal air mata mereka.

Ramai yang berpendapat Aming dibesarkan dengan begitu baik oleh ibu bapanya. Ramai juga yang bersetuju dia seorang anak yang baik dan pengakhiran hidupnya juga begitu sempurna.

Betul-betul kiriman syurga dia ni

Syurga buat mu adik Aming

Baca artikel berkaitan:

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.