fbpx
Now Reading
Pemuda Dihalang Rakam Video Ketika Ambil Suntikan Vaksin, Pegawai Dakwa Sebab Menteri PICK Sudah Letak Jawatan

Pemuda Dihalang Rakam Video Ketika Ambil Suntikan Vaksin, Pegawai Dakwa Sebab Menteri PICK Sudah Letak Jawatan

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Umum pasti mengetahui Bekas Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK), Khairy Jamaluddin (KJ) sebelum ini ada memberi kelonggaran dengan membenarkan orang ramai untuk merekodkan gambar atau video ketika menerima suntikan vaksinasi di mana-mana Pusat Pemberian Vaksin (PPV).

Menurut KJ, keputusan tersebut diambil bagi memastikan setiap penerima mempunyai bukti kukuh yang mereka sudah mendapat kadar vaksin yang sempurna.

Pengumuman tersebut nyata mendapat sambutan baik dari orang ramai memandangkan ramai berpendapat merakam momen sedang divaksin bukanlah sekadar untuk dijadikan bukti, sebalikny dapat dijadikan sebagai kenangan untuk disimpan atau dikongsikan kepada orang lain.

Namun siapa sangka, hajat seorang pemuda merakam momen tersebut untuk dikongsikan kepada keluarganya tidak tercapai apabila tindakannya dihalang oleh seorang pegawai di PPV dipercayai di Pontian, Johor.

Menerusi video yang dikongsikan pemuda tersebut yang dikenali sebagai Raff di Twitternya @winraffm, dia pada mulanya sudahun berjaya merakam video tersebut selepas mendapat keizinan dari jururawat yang bertugas malah turut mendapat layanan yang baik dari mereka.

Namun sewaktu sedang menerima suntikan, seorang pegawai datang menyapa Raff lalu menghalang pandangan kamera miliknya dan meminta rakaman video dihentikan.

“Punya la seronok jururawat tu layan siap bagi rakam. Datang seorang pegawai ni tutup kamera alasan KJ dah letak jawatan” ciap Raff.

Menerusi video tersebut jelas pegawai tersebut berkata rakaman kini sudah tidak lagi boleh dilakukan memandangkan Khairy Jamaluddin bukan lagi Menteri PICK. Tambahnya lagi, prosedur KKM tidak membenarkan sebarang rakaman dilakukan.

“Tak boleh rakam, KJ dah letak jawatan. KKM punya prosedur tak boleh merakam”

“Tak boleh rakam KJ dah letak jawatan.. “

Perkongsian tersebut nyata menarik perhatian warga Twitterjaya yang jelas tidak bersetuju dengan tindakan pegawai berkenaan.

Lebih menimbulkan persoalan orang ramai memandangkan rakaman tersebut langsung tidak menampakkan mana-mana wajah pegawai perubatan yang sedang bertugas sebaliknya kamera hanya terarah pada pemuda tersebut sahaja.

Kita nak kempen suruh rakyat datang ambil vaksin

SOP ni dah tak boleh pakai ke?

Dapat perhatian pengasas MEDTweetMY

VIdeo tersebut turut mencuri perhatian pegawai perubatan, Dr Khairul Hafidz, yang juga pengasas dan Pengerusi Med Tweet Malaysia (@MEDTweetMY)

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.