fbpx
Now Reading
“Anda Akan Menyesal Seumur Hidup”- Dijatuhi Hukuman Mati, Ketua Yakuza Beri Amaran Kepada Hakim

“Anda Akan Menyesal Seumur Hidup”- Dijatuhi Hukuman Mati, Ketua Yakuza Beri Amaran Kepada Hakim

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Seorang ketua Yakuza baru-baru ini telah dijatuhkan hukuman mati oleh hakim Mahkamah Daerah Fukuoka selepas dia didapati bersalah mengarahkan satu pembunuhan dan serangan terhadap tiga orang awam.

Menurut Hakim, Ben Adachi serangan-serangan tersebut adalah satu perbuatan keji dan tidak akan berlaku tanpa persetujuan dan kebenaran ketua yakuza tersebut, Satoru Nomura, 74.

Nomura yang merupakan ketua Yakuza dari kumpulan “Kudo-kai” bagaimanapun tidak berpuas hati lalu bingkas menafikan penglibatannya didalam kes tersebut.

“Saya mahukan keputusan yang adil, kamu akan menyesal seumur hidup,” kata Nomura kepada hakim sebaik hukuman dijatuhkan.

Nomura disabit bersalah sebagai perancang utama bagi 4 kes serangan antaranya kes kematian seorang ketua koperasi nelayan yang ditembak mati pada 1998.

Insiden tersebut difahamkan ada kaitan dengan satu projek pembinaan pelabuhan yang berlaku sekitar waktu itu.

Dia juga dituduh mengarahkan beberapa lagi serangan terhadap orang awam iaitu pada tahun 2014 membabitkan seorang invididu yang mempunyai hubungan kekeluargaan dengan ketua koperasi nelayan yang terkorban pada tahun 98 selain satu lagi serangan pada 2013 terhadap seorang jururawat dari sebuah klinik yang pernah merawatnya.

Bukan setakat orang awam, dia turut dikaitkan dengan kejadian serangan terhadap seorang pegawai polis yang ditugas menyiasat aktiviti haram kumpulan Yakuza-nya pada tahun 2012.

Namun media tempatan melaporkan, mahkamah sebenarnya kekurangan bukti untuk mengaitkan dia dengan kebanyakan jenayah tersebut namun pendakwaraya berpendapat status Nomura sebagai orang no 1 sememangnya memberikan dia kuasa mutlak dan pengaruh untuk sebarang keputusan didalam kumpulan tersebut.

Selain Nomura, timbalannya iaitu orang kedua paling berpengaruh dalam kumpulan itu, Fumio Tanoue turut disabitkan bersalah namun hanya dihukum penjara seumur hidup.

Menurut laporan berita antarabangsa, hukuman mati ke atas Nomura itu difahamkan pertama kali berlaku terhadap seorang ketua yakuza.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.