
“Jawab Salam Tu Kak..” – Respon Ringkas KJ Tentang Isu Pegawai PPV Halang Pemuda Rakam Video Dapat Perhatian Netizen
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Semalam kami ada melaporkan satu insiden tular di sebuah PPV di selatan tanah air dimana seorang pemuda yang sedang mengambil suntikan vaksin dihalang dari merakam video.
Pemuda tersebut yang dikenali sebagai Raff difahamkan sudahpun mula merakam video berkenaan selepas mendapat izin dari jururawat yang akan melakukan suntikan vaksin sebelum dia tiba-tiba disapa oleh seorang pegawai yang bertugas memintanya menghentikan rakaman.
Malah pegawai tersebut dilihat menghalang lensa yang terarah kearahnya sehingga skrin menjadi gelap dengan alasan KKM tidak membenarkan sebarang rakaman selain mendakwa Menteri PICK terlibat iaitu Khairy Jamaluddin sudahpuan meletakkan jawatan.
Alasan yang diberikan membuatkan orang ramai tertanya-tanya sehingga ada yang berdebat mengenai isu tersebut.
Baca artikel berkaitan :
Namun sebentar tadi, KJ dilihat membalas ciapan tersebut tidak sampai dua hari ianya tular malah boleh dikatakan respon pertamanya selepas beberapa jam dilantik sebagai Menteri Kesihatan yang baharu.
Namun apa yang mencuri tumpuan orang ramai adalah ciapan ringkasnya yang hanya bertulis ‘Assalamualaikum’ yang pastinya dapat ditafsirkan kepada beberapa maksud berbeza.
Assalamualaikum
Assalamualaikum. https://t.co/O9Wk0ke01h
— Khairy Jamaluddin 🇲🇾🌺 (@Khairykj) August 27, 2021
Tweet yang cukup ringkas tersebut bagaimanapun menarik perhatian warga Twitterjaya memandangkan KJ selepas ini akan kembali sebagai ‘ketua’ kepada pegawai berkenaan.
Namun apa yang utama, ramai hanya mahukan jawapan muktamad sama ada mereka dibenarkan merakam atau tidak ini kerana ada yang berpendapat ianya sememangnya tidak boleh namun disebabkan isu suntikan angin memaksa KJ dan Menteri Kesihatan terdahulu, Datuk Seri Adham Baba terpaksa membenarkan proses vaksinasi dirakam sebagai bukti bahawa orang ramai benar-benar menerima suntikan.
Terciduk! Org yg dia ckp da letak jawatan skali naik jd BIG BOSS dia kat Kementerian.. hahaha
— 𝕭𝖊𝖑𝖑𝖊🧚🏻♀️ (@Ebelle85) August 27, 2021
jawab salam tu
— Geegee_ 🇲🇾 (@GeegeeAhmad) August 27, 2021
Jeng jeng jengggg
— Raksasa Baik (@Teto_Yaksa) August 27, 2021
Apa la perasan akak tu skrg kan.. Berderau barangkali.. 😂
— وان ڤرسيس (@wanpersis) August 27, 2021
memang procedure kkm macam tu tapi disebabkan nila setitik rosak susu sebelanga. sape suruh bagi injection atas angin. ini action yang YB @Khairykj buat bagi membendung penipuan vaccine atas angin.
— ℕ𝕒. (@husnarozi_) August 27, 2021
Baca artikel berkaitan :