fbpx

Tak Sampai Sejam Sahkan Kepulangan Ronaldo Ke Old Trafford, Nilai Saham MU Naik Melonjak

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Tiada yang lebih mengujakan buat penyokong kelab Manchester United apabila mengetahui lagenda mereka , Cristiano Ronaldo akan kembali beraksi bersama The Red Devils selepas 12 tahun meninggalkan Old Trafford.

Mula disahkan akaun Twitter rasmi MU sekitar awal pagi tadi, berita tersebut nyata disambut baik oleh para peminat mereka malah segelintir peminat Ronaldo sendiri.

Difahamkan MU telah menawarkan kontrak selama 2 tahun buat Ronaldo sebagai permulaannya kembali ke Theatre of Dreams dengan yuran perpindahan €15 Juta RM (RM74 Juta) berserta €8 Juta Tambahan (Rm39.58 Juta)

Namun impak dari berita perpindahan tersebut memberikan petanda positif buat keseluruhan kelab antaranya nilai saham kelab yang meroket naik.

Menerusi laporan Telegraph Investing, saham The Red Devils sudah mula melonjak sebanyak 5% sebaik ura-ura mengenai perpindahan kembali Ronaldo mula dibicarakan oran ramai, namun graf terus meroket tinggi ke 8% sebaik Manchester United mengesahkan berita tersebut.

“Saham di Manchester United melonjak naik kepada 8% selepas ia mengesahkan berita sensasi untuk kembali mendandatangani Ronaldo” lapor Telegraph Invest

Dengan kenaikan sebanyak 8% dalam masa beberapa jam, impak Ronaldo telah meningkatkan ‘market cap’ saham kelab kepada sekitar USD 250 juta (RM 1.04 bilion)

https://twitter.com/JoePompliano/status/1431292163409817603

Ronaldo ketika ini difahamkan sudah berada di Lisbon dimana pemeriksaan kesihatan akan turut dilakukan di sana selepas dia secara rasmi meninggalkan Juventus semalam.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.