fbpx
Now Reading
Terlampau Banyak Order Masuk, Rider Foodpanda Tolong Pemilik Kedai Tebar Roti Canai [Video]

Terlampau Banyak Order Masuk, Rider Foodpanda Tolong Pemilik Kedai Tebar Roti Canai [Video]

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Tidak dinafikan sejak pandemik melanda setahun yang lalu, ramai orang kita lebih gemar memerap di rumah sehinggakan membeli makanan pun secara online.

Trend ini dilihat masih berterusan meskipun kerajaan sudahpun mula membenarkan mereka yang lengkap vaksinasi untuk makan di restoran.

Terbaru, tular satu video memperlihatkan seorang lelaki sedang mengenakan baju Foodpanda sedang menebar roti canai.

Dimuat naik pengguna TikTok @dtgilham, atau Muhammad Ilham seorang rider food panda, video tersebut memperlihatkan seorang rakannya juga rider dari syarikat sama sedang membantu pemilik sebuah gerai makan dipercayai di Tasik Gelugor, Pulau Pinang.

@dtgilham

Byk sgt order😂 ##foodpanda ##esekeli ##fypシ

♬ original sound – fafa panda 🐼🤍

Difahamkan pakcik tersebut baru sahaja menyertai Foodpanda sebagai peniaga atau lebih dikenali sebagai vendor. Mungkin kerana terlalu baru, dia tidak menyangkakan akan menerima pesanan yang banyak sehingga tidak cukup tangan.

Melihatkan terdapat banyak pesanan dan ingin memudahkan pakcik dan rakan-rakan lain yang sedang menunggu, pemuda tersebut, Khairul Hamizan kemudiannya terus menawarkan diri untuk membantu pakcik tersebut menebar roti canai.

Belajar menebar roti canai dari 12 tahun

Menerusi ruangan komen, Khairul memaklumkan dia sudah diajar oleh ibu bapanya cara menebar roti canai sejak berumur 12 tahun lagi.

“Saya cuma nak cepatkan pesanan pakcik tu dan kawan-kawan sahaja.

Saya belajar dengan ibu bapa masa darjah 6 semasa

Malah menurut Ilham didalam ruangan komen, ibu bapa Khairul juga sebenarnya mempunyai kedai roti canai sendiri.

Perkongsian tersebut nyata menarik perhatian netizen yang rata-ratanya berterima kasih kepada mereka kerana membantu memudahkan urusan pakcik tersebut.

Setakat artikel ini ditulis video tersebut telah mendapat 986 ribu tontonan, 135 ribu tanda suka dan hampir 3000 komen.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.