fbpx
Now Reading
iPhone 13 Mungkin Sokong Komunikasi Satelit LEO, Bolehkan Pengguna Buat Panggilan Walau Tiada ‘Line’

iPhone 13 Mungkin Sokong Komunikasi Satelit LEO, Bolehkan Pengguna Buat Panggilan Walau Tiada ‘Line’

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Kami yakin ramai pasti bersetuju dengan kenyataan kami, sehebat mana atau secanggih mana pun peranti yang anda miliki, ia langsung tiada kegunaan jika tiada rangkaian selular.

Bukan sahaja tidak dapat menggunakan internet, anda juga langsung tidak dpat membuat panggilan.

Namun terbaru, muncul desas desus dikalangan peminat teknologi apabila penganalisa popular, Ming-Chi Kuo mendedahkan iPhone 13 mungkin akan tampil berbeza dimana mereka mungkin akan hadir dengan sistem yang menyokong komunikasi satelit orbit rendah bumi  iaitu Low Earth Orbit (LEO).

Ini sekaligus membolehkan penggunanya untuk kekal berkomunikasi meskipun tiada liputan rangkaian 4g mahupun 5g.

Jelas Ming-Chi Kuo seperti yang dipetik Mac Rumors, ini kerana Apple cuba memanfaatkan teknologi cip Qualcomm X60  yang diubahsuai.

Foto : Macrumors

Meskipun baru sekadar spekulasi, situasi ini sekiranya benar akan menjadi iPhone 13 sebagai telefon komersial pertama yang menggunakannya.

Ini sekaligus mengadi titik perubahan kepada teknologi telefon pintar yang pastinya akan diikuti oleh pesaing mereka di masa akan datang. Cuma yang menjadi persoalan orang ramai jika ia ditawarkan, adalah ianya percuma atau berbayar berpandukan tempoh penggunaan.

Sambungan internet satelit LEO sebelum ini dipopularkan oleh SpaceX Starlink, syarikat milik jurutera dan usahawan teknologi, Elon Musk, namun bagi projek ini Apple dijangka menyediakan liputan perkhidmatam ini dengan bekerjsama dengan syarikat Globalstar/

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.