Jangan Terlepas Pandang! Ini Perkara Penting Yang Patut Anda Lakukan Jika Dah Habis Bayar Loan Kereta
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Sememangnya sudah menjadi satu keperluan untuk rakyat di Malaysia untuk memiliki kenderaan sendiri.
Meskipun lengkap dengan pengangkutan awam, namun memiliki kenderaan sendiri lebih memudahkan urusan harian khususnya jika ada perkara-perkara penting termasuk urusan kecemasan.
Justeru ramai yang memilih melakukan pinjaman demi membeli kenderaaan yang mereka perlukan baik kereta mahupun motosikal dengan tempoh pinjaman berbeza mengikut kemampuan masing-masing.
Namun setelah bertahun-tahun terbeban dengan hutang, perkara yang paling menyeronokkan pastinya selepas anda berjaya menyelesaikan hutang pinjaman tersebut
Bukan itu sahaja, anda juga kini secara rasmi adalah pemilik sebenar kenderaaan selepas beberapa tahun ‘menyewanya’ dari pihak bank.
Namun prosesnya tidak berhenti setakat itu sahaja, sebaliknya bagi memastikan ia secara sah 100% menjadi milik anda, anda perlu melakukan satu prosedur yang digelar E-batal.
Untuk mengetahui apakah E-Batal dan cara melakukannya, di bawah kami kongsikan penerangan dan cara melakukannya seperti yang dikongsikan seorang pengguna Facebook, Nadia Izzati di bawah.
Barulah kenderaan tersebut sah menjadi hak milik sepenuhnya selepas ini!
Perkara Kita Perlu Buat Bila Dah Habis Bayar Pinjaman Kereta atau Motorsikal
Pernahkah anda melihat pada bahagian bawah geran kenderaan anda yang terdapat satu ayat tertera hak milik dituntut oleh syarikat pinjaman kereta di mana anda membuat pinjaman?
Maksud E-Batal adalah kenderaan tersebut masih menjadi hak milik bank atau pemberi pinjaman kewangan. Jadi, kenderaan tersebut bukanlah hak milik anda sepenuhnya lagi.
Bagi mendapatkan hak anda sebagai pemilik kenderaan terbabit, langkah penting adalah dengan menghapuskan status hak milik dari pemiutang kepada hak milik anda secara mutlak.
Urusan menyelesaikan hak milik dari pemberi pinjaman dipanggil E-Batal. Syarat utama untuk E-Batal adalah anda perlulah sudah habis bayar ansuran pinjaman tersebut. Jika belum, selesaikan hutang-piutang kenderaan terlebih dahulu.
Kebebasan bermula apabila sesiapa sahaja berjaya melangsaikan hutang pinjaman keretanya. Benar bukan?
Selesai sahaja pembayaran terakhir, anda akan diberikan geran asal oleh syarikat kereta yang anda berurusan. Kemudian, anda perlu hadir ke cawangan JPJ berhampiran untuk mematikan hak milik peminjam.
Jadi, untuk meneruskan prosedur berikut, pastikan pihak pemberi pinjaman telah mengeluarkan surat pelepasan. Namun, lebih baik lagi surat tersebut terus mereka hantarkan kepada JPJ.
Prosedur selesaikan E-Batal di JPJ amat mudah sebenarnya. Perkara yang paling penting adalah anda harus menghubungi pihak pemberi pinjaman wang untuk belian kereta.
Pastikan anda bertanya sama ada surat pelepasan sudah dikeluarkan dan telah dihantar ke JPJ ataupun tidak. Jika sudah dihantar, terus ke cawangan JPJ berhampiran tempat tinggal anda.
Di cawangan JPJ tersebut, jangan lupa mengecop geran kereta anda mengikut prosedur mereka. Jangan risau, proses mengecop E-Batal bukanlah perkara yang rumit. Selepas geran tersebut telah di cop, kereta tersebut telah menjadi milik anda sepenuhnya. Mudah kan?
Kesimpulannya,Ramai yang masih belum mengetahui perkara yang perlu dilakukan selepas habis bayar pinjaman kereta. Ada juga sehingga bertahun-tahun masih tidak membatalkan hak milik.
Jadi, bagi anda yang masih belum batalkan hak milik kereta, sila tukarkan sekarang untuk memudahkan urusan pada kemudian hari.P/S : Boleh call JPJ untuk double confirm. Lain tempat lain caranya. COVID-COVID ni stay at home.