fbpx
Now Reading
Palestin Abadikan Nama Jalan ‘Malaysia Street’ Di Gaza Sempena Hari Kemerdekaan Malaysia ke-64

Palestin Abadikan Nama Jalan ‘Malaysia Street’ Di Gaza Sempena Hari Kemerdekaan Malaysia ke-64

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Siapa sangka sokongan dan sumbangan rakyat Malaysia terhadap perjuangan seluruh rakyat Palestin akhirnya diabadikan dan kini menjadi sebahagian dari negara mereka apabila Pihak Berkuasa Tempatan PBT di Gaza menamakan sebatang jalan di sana dengan nama ‘Malaysia Street’

Mula tular selepas dimuat naik Pengerusi Persatuan Kebudayaan Palestin-Malaysia (PCOM), Muslim Imran di akaun Twitternya, perkongsian tersebut nyata menarik perhatian ramai netizen Malaysia.

“Majlis Perbandaran Gaza menamakan sebatang jalan di kawasan daerah barat Gaza sebagai ‘Malaysia Street’, bersempena Hari Kemerdekaan Malaysia, hari ini.

“Lokasi (jalan ini ialah) dihadapan Bulatan Ansar, barat kota Gaza,” ciapnya lagi.

Majlis perasmian turut disertai Datuk Bandar Gaza dan Nadir Nuri

Difahamkan malis perasmian ‘Malaysia Street’ turut disertai Datuk Bandar Gaza, Dr Yahya As-Sarraj, CEO Cinta Gaza Malaysia Muhammad Nadir Al-Nuri Kamaruzaman, Pengarah MyCare di Gaza Dr Ziad Shehad

Siap mainkan lagu negaraku

Lebih mencuri tumpuan dan menggharukan netizen Malaysia apabila lagu Negaraku turut dimainkan dipercayai sewaktu di majlis perasmian beberapa lagi projek melibatkan Nadir Al Nuri di sana .

Nadir menerusi Facebooknya turut berkongsikan perkara sama dan menyifatkan ia sebagai hadiah terbesar yang diberikan Palestin kepada negara.

Aktivis terkenal dan satu-satunya rakyat Malaysia yang berada di Gaza itu turut berkongsi beberapa foto sekitar majlis pelancaran tersebut.

Menurut Nadir, jalan Malaysia Street ini terletak di lokasi penting di tengah bandar Gaza, berdekatan himpunan universiti, bangunan-bangunan kerajaan dan agensi antarabangsa di sini.

Jelasnya lagi, pemilihan lokasi ini sebagai mezahirkan penghargaan warga Palestin terhadap persaudaraan dan solidariti rakyat Malaysia yang selama ini bersama mereka.

Beliau sebelum ini turut menyertai beberapa lagi majlis perasmian mercu tanda bersempena Hari Kebangsaaan ke 64.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.