Now Reading
“Bagus juga nanti tak berebut harta” – Netizen Puji Pemuda Kebumi Jenazah Ibu Di Halaman Rumah [Video]

“Bagus juga nanti tak berebut harta” – Netizen Puji Pemuda Kebumi Jenazah Ibu Di Halaman Rumah [Video]

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Baru-baru ini tular satu rakaman video dari TikTok memperlihatkan seorang pemuda dari Indonesia sedang membersihkan kawasan kubur ibunya.

Namun yang membezakan kubur tersebut ialah ianya terletak di halaman rumah pemuda itu sendiri.

Menerusi video tersebut, pemuda itu pada mulanya dilihat membersihkan kuburan berkenaan dan menghiasinya hingga menjadi cantik dengan menanam rumput yang segar menghijau.

Malah sebaik siap mencantikkannya, dia turut menaburkan campuran bunga mawar dan melati diatas kuburan tersebut.

Mungkin ini caraku

@adhefin

mungkin ini caraku

♬ เสียงต้นฉบับ – 𝕊 𝕋 𝕆 ℝ 𝕐_❣️_ℕ

Meskipun tidak memberi sebarang penerangan mengenai video tersebut, pemuda itu bagaimanapun ada menulis kapsyen ringkas berbunyi ‘mungkin ini caraku’ dipercayai membabitkan tindakannya menanam dan mencantikkan kubur ibunya di kawasan rumah.

Menerusi video sama, dia turut dilihat menziarahi kuburan ibunya lengkap dengan berpakaian sopan seolah sedang menziarahi kubur di kawasan umum.

Rapat dengan arwah ibunya

Hasil carian kami didalam akaun TikTok miliknya, dia memang seorang yang begitu rapat dengan arwah ibunya itu.

@adhefin

Al-Fatihah

♬ Hanya Rindu – Andmesh

Menerusi laporan portal Suara, pemuda tersebut dan keluarganya memilih menyemadikan jenazah arwah ibu mereka di halaman rumah sebagai tanda kasih sayang mereka kepada arwah.

Malah tindakannya itu nyata dikagumi ramai netizen. Ada yang berpendapat tindakan tersebut dapat mengelakkan adik-beradik dari berebut harta pusaka.

Selain itu mereka juga lebih mudah untuk menziarahi kuburan arwah memandangkan ianya hanya berada di halaman rumah.

Malah ada juga yang mula bercadang untuk membuat perkara sama iaitu mengebumikan jenazah ibu bapa mereka di kawasan rumah selepas menonton video tersebut

Manfaat kuburan di halaman rumah, jadi kalau rebutan harta, rumah gak bisa laku kejual. Biar tetap pulang nengokin, kata seorang netizen.

Andai nanti rezekiku cukup, aku juga teringin agar ibu bapaku dikebumikan di area rumahku. Jadi dapat ziarah sentiasa,” kata seorang lagi netizen.

Setakat artikel ini ditulis, video yang baru sehari dimuat naik itu telah memperoleh 1.7 juta tontonan.

© 2021 BuzzKini. All Rights Reserved.