fbpx
Now Reading
Ini Respon The Rock Selepas Tular Foto Anggota Polis Di Alabama Yang Mirip Dirinya

Ini Respon The Rock Selepas Tular Foto Anggota Polis Di Alabama Yang Mirip Dirinya

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Sekitar minggu lalu kami ada berkongsi mengenai tuah seorang anggota polis di Alabama yang secara tiba-tiba menjadi popular selepas fotonya yang mirip pelakon dan bekas ahli gusti terkenal The Rock atau Dwayne Johnson menjadi tular di media sosial.

Mula dimuat naik dan dikongsikan Facebook rasmi jabatan syerif tempatnya bekerja, sejak dari itu nama Leftenan Eric Fields sering menjadi perbualan hangat netizen malah mendapat liputan meluas dari media di sana.

Ramai yang mula membuat perbandingan diantara Fields dan The Rock, namun menurut Fields dia lebih bersetuju dengan pendapat segelintir peminat Hollywod yang merasakan adalah kombinasi diantara The Rock dan seorang lagi pelakor popular, Van Diesel disebabkanya badannya yang lebih kecil dan ringan.

Siapa sangka topik tersebut akhirnya sampai ke pengetahuan The Rock juga. Dia kemudian menerusi Twitter dilihat tampil memberikan respon terhadap cerita tular berkenaan sambil mengulang ciap perkongsian portal Bleacher Report.

“Wow. Lelaki di sebelah kiri lebih cool. Jaga diri bro dan terima kasih atas khidmat (polis) anda,” katanya.

The Rock siap ajak minum

Malah The Rock turut dilihat mengajak Fields untuk minum bersama sambil mendengar perkongsian anggota polis tersebut yang kerap kali disalah anggap sebagai The Rock

“Nanti satu hari kita minum bersama dan saya nak dengan cerita kamu menjadi The Rock kerana saya tahu mereka sudah terkena” katanya lagi.

Perkongsian tersebut nyata menarik perhatian pengikut dan peminat The Rock yang menyifatkan dia sebagai seorang yang sporting.

Malah Field turut dilihat membalas ciapan tersebut dan seoalah memberi bayangan bersetuju untuk minum bersama The Rock.

Ini kalau kena gayanya boleh berlakon bersama The Rock ni. Haha

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.