fbpx
Now Reading
Ziyad Mohon Maaf, Pingat Emas Kekal Ditarik Balik Selepas Rayuan Malaysia Ditolak

Ziyad Mohon Maaf, Pingat Emas Kekal Ditarik Balik Selepas Rayuan Malaysia Ditolak

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Rayuan kontinjen negara berhubung penarikan kembali pingat emas yang dimenangi alet lontar peluru negara, Ziyad Zolkefli di Paralimpik Tokyo semalam sah ditolak selepas diputuskan dalam satu mesyuarat antara chef-de-mission (CDM) sebentar tadi.

Ekoran dari itu Ziyad kini terlepas pingat emas acara lontar peluru F20 Sukan Paralimpik Tokyo 2020 meskipun sudah memecahkan rekod dunia.

Difahamkan rayuan selanjutnya hanya boleh dibuat selepas temasya Paralimpik Tokyo berakhir.

Sebelum itu, Olahraga Para Dunia dalam satu kenyataan memaklumkan Ziyad dan dua atlet Ecuador dan Australia yang beraksi dalam acara final F20 semalam turut ditolak oleh juri rayuan Olahraga Para Dunia.

“Keputusan ini adalah berdasarkan Peraturan 5.5 Olahraga Para Dunia – ‘Gagal melaporkan diri ke call room’ yang menyatakan bahawa sekiranya atlet tidak hadir ke ‘Call Room’ pada waktu yang sesuai seperti yang ditetapkan dalam jadual Call Room, keputusan yang akan ditunjukkan adalah DNS (tidak bermula).

“Berdasarkan peraturan ini, atlet dibenarkan untuk bertanding di bawah status protes ketika pengadil mempertimbangkan semua bukti mengapa atlet terlambat ke Call Room.

“Selepas mempertimbangkan bukti tersebut, pengadil memutuskan bahawa tidak ada alasan yang tepat untuk kegagalan atlet melaporkan diri ke Call Room tepat pada waktunya.

“Atlet mengemukakan keputusan ini kepada juri rayuan, yang memberi peluang kepada pasukan untuk menyampaikan semua maklumat yang relevan sebelum membuat keputusan akhir. Juri rayuan mempertahankan keputusan pengadil dan mengesahkan keputusan atlet terbabit sebagai DNS,” katanya.

Ziyad mohon maaf

Dalam pada itu Ziyad menerusi akaun Instagram, memohon maaf kepada rakyat Malaysia ekoran apa yang terjadi.

Beliau dalam masa sama turut mengucapkan terima kasih kepada orang ramai diatas sokongan yang diberikan mereka.

“Saya minta maaf pada semua rakyat Malaysia. Terima kasih (kerana) memeberi sokongan kepada saya” tulisnya ringkas.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.