fbpx
Now Reading
Tular Video Konon Taliban Hukum Gantung Orang Guna Helikopter, Ini Sebenarnya Yang Terjadi

Tular Video Konon Taliban Hukum Gantung Orang Guna Helikopter, Ini Sebenarnya Yang Terjadi

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

https://twitter.com/sudhirchaudhary/status/1432598354521772035

Sejak beberapa hari lalu tular di media sosial satu video memperlihatkan seorang individu kononnya dihukum gantung oleh kerajaan Taliban dan badannya dibiarkan tergantung dan dibawa mengelilingi ruang udara di Afgahnistan menggunakan helikopter Black Hawk yang sebelum ini diberikan tentera Amerika Syarikat kepada Tentera Afghanistan (AAF)

Mula dikongsikan oleh seorang penulis dari AS, Liz Wheeler di akaun Twitternya, video tersebut nyata mengejutkan orang ramai sekaligus menampakkan betapa kejamnya puak Taliban dalam berurusan dengan orang yang tidak sehaluan dengan mereka.

Malah ramai menyifatkan ia tidak lain dan tidak buka sama seperti satu babak didalam filem Scarface.

“Jika ini seperti apa yang digambarkan, puak Taliban menggantung seseorang dari Black Hawk kepunyaan Amerika. Saya akan muntah. Joe Biden harus dipertanggungjawabkan” ciap Liz.

‘Mangsa’ didakwa seorang jurubahasa

Tidak berhenti disitu sahaja, seorang wartawan terkenal dari India, Sudhir Chaudary turut memuat naik video sama memaklumkan mangsa dipercayai seorang jurubahasa Amerika.

‘Mangsa’ jelas masih hidup dan dilihat melambai tangan

Namun siapa menyangka, fact check yang dilakukan beberapa wartawan dari portal antarabangsa seperti BBC dan CNN serta ALT News dari India kemudiannya mendapati dakwaan berkenaan adalah tidak benar.

Menurut wartawan BBC, Shayan Sardarizadeh, video yang dirakam bukan lah video menghukum gantung sebaliknya difahamkan adalah cubaan mereka untuk membaiki bendera yang berada di sebuah bangunan awam.

Jeasnya lagi, ada video berbeza yang menunjukkan lelaki yang ‘digantung’ jelas kelihatan masih hidup malah dilihat melambaikan tangannya di udara.

Wartawan Afghan sahkan hanya mahu gantung bendera

Seorang wartawan Afghanistan, Bilal Sarwary kemudiannya mengesahkan dia sudah menghubungi juruterbang yang bertanggungjawab menerbangkan helikopeter tersebut dan jawapannya senada dengan wartawan BBC tersebut dimana ia hanyalah misi untuk menggantung bendera.

Menurutnya mereka cuba menggantungkan bendera Taliban dari udara namun cubaan tersebut tidak menjadi sebalikya ia menjadi berita palsu.

Malah foto yang diambil seorang jurukamera Jahid Jalal turut memperlihatkan lelaki tersebut sedang melambai tangannya .

Foto :

Dalam pada itu wartawan CNN, Daniel Dale pula menjelaskan tiada sebab untuk orang ramai mempercayai bahawa mangsa adalah seorang jurubahasa untuk AS kerana dakwaan tersebut padanya hanyalah khabar angin.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.